• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme Book, laptop sulung Realme tampil dengan skrin 2K unik dan kuasa Intel Iris Xe

  • OLEH Najib
  • 3:01 am
  • 19/08/2021
  • Komen
Realme Book, laptop sulung Realme tampil dengan skrin 2K unik dan kuasa Intel Iris Xe
Share on FacebookShare on Twitter

Realme akhirnya melancarkan secara rasmi laptop pertama keluaran mereka, Realme Book. Ia diperkenal sebagai sebuah laptop yang sangat nipis dan ringan, tetapi lengkap dengan prestasi tinggi.

Kuasa di Realme Book digerakkan oleh pemproses terbaru Intel Core-i generasi ke-11. Realme menyediakan dua jenis pemproses, antara Core i3-1115G4 dan Core i5-1135G7.



Bagi model i3, ia memiliki WiFi 5, Bluetooth v5.1, RAM LPDDR4x 3733MHz, dan grafik oleh Intel UHD.

Untuk varian Core-i5 pula, ia datang dengan naik taraf berupa WiFi 6, Bluetooth v5.2, sambungan Thunderbolt 4, RAM LPDDR4x 4266MHz, dan diperkasa pemproses grafik Intel Iris Xe.



Paparan mesra pejabat

Selain itu, kedua-dua model memiliki spesifikasi yang sama. Tarikan utama Realme Book adalah paparannya yang berkualiti tinggi. Skrin ini berukuran 14-inci jenis IPS LCD, dengan resolusi tinggi 2K (2160×1440). Tanpa fungsi skrin sentuh.

Skrin ini memiliki nisbah agak janggal iaitu 3:2, berbeza dari kebanyakan laptop dengan nisbah 16:9 atau 16:10. Menurut Realme, nisbah ini lebih produktif kerana ia lebih panjang agar dapat melihat lebih banyak, terutama sekali untuk dokumen dan laman web.

Paparan hebat ini ditambah lagi dengan sokongan gamut warna sRGB 100%, dan tahap kecerahan sehingga 400nits. Ia juga memiliki bingkai sangat nipis, dengan nisbah skrin-ke-badan setinggi 90%. Walaupun nipis, ia masih dapat memuatkan kamera web 720p di atas skrin.

Nipis, Ringan, Tahan Lasak

Rekaan super nipis Realme Book memiliki ketebalan hanya 14.9mm, tetapi badannya tahan lasak kerana diperbuat daripada aluminium. Ini juga menjadikannya sangat ringan, dengan berat hanya 1.38kg. Kemasan luar licin tampil dalam dua pilihan warna, kelabu dan biru.

Tenaga disalurkan daripada bateri besar 54Wh, yang memberi hayat sehingga 11 jam bermain video tanpa henti. Pengecasan pula diuruskan menerusi sambungan USB-C, yang menyokong kuasa 65W dan boleh mengecas pantas, mengisi 50% dalam masa 30 minit sahaja. Sudah pasti, kepala pengecas 65W turut diberikan dan ia menyokong pengecasan pantas Dart 30W untuk telefon pintar Realme yang serasi.

Papan kekunci di Realme Book bersaiz penuh, dengan ketinggian tekanan 1.3mm dan tiga pilihan tahap lampu belakang, agar senang dilihat waktu malam. Gandingannya adalah pad sentuh bersaiz besar dengan permukaan lembut bak sutera, untuk pengalaman yang lebih nyaman.

Realme melengkapi sistem keselamatan biometrik dengan pengimbas capjari yang dipasang ke dalam butang kuasa. Dengan ini, ia boleh digunakan membuka kunci Windows dengan pantas menerusi Windows Hello.

Kekurangan dan Keunikan

Jika ada kekurangan di Realme Book, ia adalah port yang sedikit bagi menjadikan ia nipis. Hanya ada 4 port di laptop ini, tanpa port HDMI, LAN atau pembaca kad memori. Jadi pengguna perlu mendapatkan hab atau dok tambahan untuk menambah port yang tiada.

Bagi model Core i5, ia adalah 1x port Thunderbolt 4, 1x port USB-C 3.2 Gen 2, 1x port USB-A 3.1 Gen 1 dan 1x jek audio 3.5mm. Untuk Core i3, perbezaannya adalah tiada Thunderbolt 4, digantikan dengan 2x port USB-C 3.2 Gen 2. Port Thunderbolt 4 dan USB-C ini turut digunakan sebagai port kuasa.

Satu tambahan unik pada laptop ini adalah PC Connect, fungsi yang mirip Huawei Share. Ia membolehkan telefon pintar Realme yang serasi, berhubung pantas dengan Realme Book seperti menghantar fail antara telefon pintar dan laptop, berkongsi Clipboard, akses ke aplikasi mudah alih serta memaparkan notifikasi telefon pintar.

Sistem operasi Windows 10 menjadi tunjang Realme Book. Ia akan menerima naik taraf ke Windows 11 secara percuma, apabila telah tersedia.

Harga Jualan

Dalam majlis pelancaran ini, harga rasmi Realme Book diumumkan seperti berikut:

  • Realme Book (i3, RAM 8GB, SSD 256GB) – USD749 (~RM3,174)
  • Realme Book (i3, RAM 8GB, SSD 512GB) – USD799 (~RM3,386)
  • Realme Book (i5, RAM 8GB, SSD 512GB) – USD969 (~RM4,106)
  • Realme Book (i5, RAM 16GB, SSD 512GB) – USD999 (~RM4,233)

Buat masa ini, penjualannya di Malaysia masih belum diumumkan. Tetapi Realme Malaysia dilihat mempromosikannya dengan hebat, ada harapan besar ia akan dijual di sini tidak lama lagi.

Tags: RealmeREALME BOOK
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Realme Book, laptop sulung Realme tampil dengan skrin 2K unik dan kuasa Intel Iris Xe

Realme Book, laptop sulung Realme tampil dengan skrin 2K unik dan kuasa Intel Iris Xe

19 August 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER