Astro menggunakan tema #KitaTeguhBersama untuk Hari Kemerdekaan pada tahun ini, seiring dengan sambutan ulang tahun ke-25 ia beroperasi. Sebagai tanda penghargaan, Astro bakal melancarkan Astro 25 di Saluran 100.
Ia akan menyajikan lebih daripada 150 program hiburan tempatan terkini, filem-filem pecah panggung, dan dokumentari terpilih. Tayangan ini akan bermula dari 16 Ogos hingga 3 Oktober 2021 di Astro TV, On Demand dan Astro GO. Antara rancangan yang akan menemui penonton ialah:
1. Tanah Tumpahnya Darah Kita
Dokumentari tentang seorang lelaki yang setia berkorban melaksanakan tugas sebagai tentera dan menceritakan segalanya menerusi surat kepada isteri dan keluarga. Dalam surat itu, turut dikongsikan bersama kisah-kisah tentera lain yang berani menjaga negara tanpa mengira bangsa, agama, bahasa dan adat masing-masing.
2. We Are No Different
Dokumentari pertama dalam negara ini yang mengangkat kisah penerimaan di antara kaum dalam kalangan keluarga (interracial adoption).
3. Journey To Stardom
Ia merupakan kisah selebriti merealisasikan impian masing-masing.
Selain itu, penonton juga akan ditayangkan filem-filem hebat tanah air seperti Ola Bola, The Journey, Paskal, Polis Evo dan Hantu Kak Limah.
Selain itu, Astro Radio juga akan perdengarkan 25 pilihan lagu terhebat, 25 lagu-lagu tempatan popular dan banyak lagi menerusi aplikasi Syok yang boleh dimuat turun di App Store dan Play Store serta melalui semua stesen radio di bawahnya.
Stesen radio Raaga juga akan membawakan konsert maya 90 minit di platform Facebook bersempena dengan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2021. Konsert itu akan dihadiri ramai selebriti tempatan.
Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan ulangtahun ke 25 Astro, rancangan yang akan ditayangkan serta informasi berkaitan dengan kempen #KitaTeguhBersama, anda boleh layari laman web Astro di sini.