• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Sampai bila Lembah Klang nak berada dibawah Fasa 1 PPN?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:19 pm
  • 25/08/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Sudahkah anda lihat statistic pemvaksinan hari ini? Setakat 24 Ogos 2021, Lembah Klang adalah wilayah anda ada paling ramai manusia yang sudah lengkapkan program vaksin. Walaupun Labuan adalah yang catatkan peratusan paling tinggi, namun ia cumalah melambangkan kira-kira 63 ribu orang berbanding Lembah Klang yang ada 5.3 juta orang yang sudah divaksinkan.

Negeri Selangor ada paling ramai orang yang lengkap vaksin (sumber)

Anda lebih berisiko jumpa orang yang tak divaksinkan di negeri-negeri Fasa 2 PPN

Sebagai perspektif, kebarangkalian untuk berjumpa orang yang masih belum divaksinkan ialah 4 per sepuluh sahaja manakala kebarangalian untuk berjumpa orang yang sudahpun terima 1 vaksin adalah 8 per 10.



Dengan pencapaian mengagumkan ini, Lembah Klang masih lagi berada di bawah Fasa 1 Program Pemulihan Negara (PPN) yang bermakna:

  • Penduduknya masih belum boleh merentas daerah
  • Kedai masih banyak yang ditutup

Anda lebih berisiko jumpa orang yang tak divaksinkan di negeri-negeri Fasa 2 PPN



Sebagai perbandingan, di negeri-negeri Fasa 2 PPN seperti Kelantan, Terengganu ,Pahang, Perak, Pulau Pinang, dan Sabah, anda lebih berisiko untuk berjumpa orang yang langsung tak terima walaupun 1 vaksin, apatah lagi yang sudah lengkapkan program vaksin.

Ada lebih berisiko jumpa orang belum divaksinkan di 6 negeri Fasa 2 PPN berbanding di Lembah Klang

Kes tinggi atau vaksinasi tinggi jadi kayu ukur?

Tak dinafikan Lembah Klang penyumbang terbanyak kepada kes harian. Contohnya, dalam laporan kes harian 24 Ogos 2021, Lembah Klang sumbang 28% ataupun kira-kira 3 daripada 10 kes positif. Tapi kita juga perlu lihat kepada pecahan kes mengikut kategori.

Daripada data 24 Ogos 2021, tiada satupun kes melibatkan orang yang sudah lengkapkan vaksin. Kemudian, 98.3% daripada kes positif sama ada tiada gejala langsung ataupun menunjukkan gejala ringan. Golongan ini besar kemungkinan melakukan kuarantin di rumah sahaja. Tambahan pula, wilayah ini menunjukkan pemulihan kalau anda rujuk pada kadar kebolehjangkitan.

Sumber

Setakat 22 Ogos 2021, tiada satupun negeri yang berada dibawah Fasa 2 PPN memiliki kadar kebolehjangkitan bawah 1. Sebagai rujukan, kadar kebolehjangkitan melebihi 1 menunjukkan yang bilangan kes positif menunjukkan trend meningkat. Kenapa mereka masih berada di Fasa 2?

Jawapan pihak berkuasa adalah mereka melakukan kawalan secara bersasar. Itu berdasarkan data 16 Julai 2021 yang lalu. Kini lebih 2 bulan masa berlalu, adakah keboleh jangkitan menurun bawah 1?

Sampai bila Lembah Klang nak berada di Fasa 1?

Dengan banyak pusat PPV yang ditutup di Lembah Klang, semakin kuranglah kapasiti pemberian vaksin hari demi hari. Bukanlah sebab kita kehabisan bekalan, namun kita kehabisan orang yang ingin diberi vaksin! Saki baki yang tinggal tentu sekali golongan antivaksin, kanak-kanak, dan orang yang tidak boleh menerima vaksin disebabkan faktor kesihatan.

Pihak berkuasa sendiri mengakui yang Lembah Klang sudahpun mencapai sasaran pemvaksinan.

Apa yang sedang disembunyikan kerajaan?

.

Tags: COVID-19covid19kkm
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sampai bila Lembah Klang nak berada dibawah Fasa 1 PPN?

25 August 2021
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN