• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Tiktok uji muat naik video dengan had panjang baru, lebih dari 3 minit

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:36 pm
  • 27/08/2021
  • Komen
Tiktok uji muat naik video dengan had panjang baru, lebih dari 3 minit
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna kini boleh muat naik video tiktok dengan had 3 minit, ia sudah ditetapkan sejak bulan Disember 2020. Namun, jika anda rasa ia masih lagi had yang singkat, kini Tiktok sedang menguji had muat naik video sehingga 5 minit kepada sebahagian kecil pengguna.

Perkara ini dikongsikan oleh perunding media sosial, Matt Navarra di Twitternya dengan satu tangkap layar. Tertulis di situ, pengguna perlu pastikan Tiktok berada dalam versi terkini untuk mencuba memuat naik video dengan had 5 minit.



TikTok is testing a longer 5 minute video upload limit 🕺 🤳🏻 pic.twitter.com/qiRbJmHkma

— Matt Navarra (@MattNavarra) August 25, 2021

Menariknya, ada pengguna di Malaysia berkongsi dengan Matt Navarra bahawa, dia sudah diberi kebolehan untuk memuat naik video dengan panjang 7 minit 52 saat. Nampaknya, TikTok juga menguji had muat naik yang lebih panjang dari 5 minit. Jadi mungkin Tiktok sedang lakukan pelbagai ujian berkaitan had panjang video sebelum ia diperluaskan kepada pengguna lain.

@MattNavarra TikTok allowing user to upload up to 10 minutes video 🤔 pic.twitter.com/S3fFITwsUr

— 🕸 𝑩𝑳𝑼𝑬 𝑾𝑰𝑻𝑪𝑯 🕸 (@blueasyraff) August 19, 2021

Jika tempoh 5 minit ini dikembangkan kepada semua, antara video yang sesuai dimuat naik tentulah sedutan drama atau filem serta video klip penuh lagu. Jadi mungkin ia akan kelihatan seperti YouTube, bezanya ia ada alat suntingan. Anda rasa, apa lagi video yang sesuai dimuat naik dengan had 5 minit itu?



Baru-baru ini, Tiktok ada menguji fungsi Stories, pengguna boleh muat naik gambar atau video, kemudian ia akan hilang automatik selepas 24 jam. Fungsi ini sama sahaja seperti Stories di Instagram, Facebook dan status WhatsApp. Tidak diketahui bila ia akan tersedia secara umum, tetapi untuk saya, ciri ini sudah ada dan boleh digunakan di kedua-dua peranti Android dan iOS.

[Sumber: 9TO5Mac]

Tags: TikTok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Tiktok uji muat naik video dengan had panjang baru, lebih dari 3 minit

Tiktok uji muat naik video dengan had panjang baru, lebih dari 3 minit

27 August 2021
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER