• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelajar Malaysia cipta alat penapis air laut, wakili Malaysia ke pertandingan James Dyson Award

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:04 pm
  • 27/08/2021
  • Komen
Pelajar Malaysia cipta alat penapis air laut, wakili Malaysia ke pertandingan James Dyson Award
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut UNICEF dan WHO, 1 dari 3 penduduk di seluruh dunia masih tidak mempunyai akses air minum yang selamat termasuklah golongan Bajau Laut di Sabah. Mereka biasanya perlu melakukan perjalanan jauh hanya untuk mendapatkan air yang mencukupi.

Sebagai inisiatif membantu golongan ini mendapatkan air bersih, 3 orang pelajar dari Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) iaitu Bennie Beh Hue May, Loo Xin Yang dan Yap Chun Yoon telah menghasilkan satu inovasi khusus untuk mereka. Ia merupakan pod penyahgaraman air laut yang dikenali sebagai WaterPod.



Ia menggunakan kaedah penyulingan solar untuk menukar air laut kepada air bersih. Mereka menggunakan konsep pengapungan supaya ia boleh di tempatkan di atas laut. Mereka mengetahui tentang kehidupan Bajau Laut ini melalui salah seorang pensyarah mereka, Eekang Oo yang juga bekerja dengan NGO untuk membantu kehidupan Bajau Laut.

Menariknya, 3 pelajar ini telah berjaya membawa WaterPod memasuki pertandingan peringkat antarabangsa di James Dyson Award dan bersaing dengan 84 finalis negara dari seluruh dunia. Mereka baru sahaja muncul juara di peringkat Negara dan menerima hadiah wang tunai RM10,000 baru-baru ini.



Proses penyahgaraman secara semula jadi

WaterPod melakukan proses penyahgaraman dengan cara semula jadi. Badan WaterPod diperbuat daripada bahan plastik yang dikitar semula. Ia mempunyai struktur sumbu yang berasal dari pokok bakau dibahagian bawah. Fungsinya ialah meresap air laut dan mempunyai sifat penolakan garam yang tercemar.

Air tadi akan meresap sehingga ke kain hitam. Plat aluminium direka separa sfera untuk meluaskan lagi permukaan air yang tersebar di kain itu, ini juga akan menyebabkan air laut menyejat lebih cepat.

Apabila cahaya matahari menembusi penutup lut sinar, akan berlakunya proses penyejatan dan pemeluwapan di situ. Wap air kemudian menjadi titisan air melalui proses pemeluwapan. Ia kemudian akan mengalir ke tempat penyimpanan di bawah dan boleh diambil melalui sistem pam air.

Selain itu, ia juga unik kerana WaterPod in boleh disangkutkan dengan pod yang lain dan membentuk pelbagai bentuk menarik di laut. Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan kestabilan pod itu untuk terapung tanpa terbalik.

Dengan memenangi anugerah ini, mereka berharap agar ada kerjasama dari pelabur dan penyelidik industri, yang berpotensi mengembangkan penghasilan WaterPod itu.

Pertandingan James Dyson Award terbuka kepada pelajar peringkat universiti atau graduan kejuruteraan. Ia mencabar minda untuk peserta merancang sesuatu bagi menyelesaikan masalah. Anugerah ini dianjurkan oleh Yayasan James Dyson yang berpusat di Chicago, Illinois, AS.

[Sumber: MalayMail, James Dyson Award]

Tags: WaterPod
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Pelajar Malaysia cipta alat penapis air laut, wakili Malaysia ke pertandingan James Dyson Award

Pelajar Malaysia cipta alat penapis air laut, wakili Malaysia ke pertandingan James Dyson Award

27 August 2021

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER