• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon meletup di dalam kapal terbang, terbakar sehingga tidak dikenali

  • OLEH Najib
  • 5:48 pm
  • 27/08/2021
  • Komen
Telefon meletup di dalam kapal terbang, terbakar sehingga tidak dikenali
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini dilaporkan bahawa satu telefon pintar telah meletup di dalam kapal terbang. Perkara ini berlaku di dalam pesawat Alaska Airlines dan ia dikatakan sebuah telefon pintar Samsung.

Letupan yang berlaku ini agak teruk kerana telefon tersebut telah terbakar sehingga susah untuk dicam semula. Bagaimanapun, ia berlaku sejurus pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma, Amerika Syarikat tetapi semua penumpang dikeluarkan segera demi keselamatan.



Perkara ini mula-mula dikesan apabila letupan berlaku dan menghasilkan api kecil. Krew kapal terbang bertindak segera memasukkan telefon ke dalam beg pembendungan bateri dan menggunakan pemadam api untuk mengawal api. Tetapi telefon tersebut terus terbakar sehingga sukar untuk dikenali.

This short video shows an AlaskaAirlines flight attendant running to put the fire out. Passenger tells me several fire extinguishers were used. 128 passengers & 6 crew members were on board. Evacuation slides were deployed to get passengers off and onto the tarmac. @KIRO7Seattle pic.twitter.com/HwKJymsyNd

— Kevin Ko (@NewsWithKevin) August 24, 2021

Tiada kematian dilaporkan tetapi dua orang penumpang dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.



Beg pembendungan bateri yang digunakan Alaska Airlines adalah kalis api dan ia boleh menahan suhu setinggi 1,760 darjah celcius.

Laporan menyebut, walaupun telefon tersebut telah terbakar sehingga tidak lagi dapat dikenalpasti modelnya, penumpang pesawat telah mengesahkannya kepada pihak polis bahawa ia adalah model Samsung Galaxy A21.

Respon Samsung

Sehingga kini, masih belum ada pengesahan rasmi bahawa telefon yang terbakar itu adalah Samsung Galaxy A21. Samsung pula telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang perkara ini.

Samsung Galaxy A21s

Menurut Samsung, syarikat mereka sentiasa meletakkan keselamatan sebagai keutamaan tertinggi. Samsung juga berjanji untuk membuat siasatan menyeluruh tentang kejadian ini. Selepas siasatan selesai, mereka akan membuat keputusan sama ada mahu menarik semula model ini dari pasaran.

Perkara ini pasti membuat kita terkenang semula tentang sejarah Galaxy Note 7. Tidak lama selepas dilancarkan, beberapa kejadian telefon ini meletup dilaporkan sehingga mengakibatkan Samsung terpaksa menghentikan jualan dan menarik semula semua model yang telah dijual dari pasaran. Ini telah mengakibatkan kerugian besar kepada Samsung, selain menjatuhkan reputasi mereka di kalangan peminat.

Jika benar masalah ini disebabkan telefon itu sendiri dan ia adalah Galaxy A21, ia adalah berita buruk buat Samsung. Mungkin orang ramai tidak lagi mahu memiliki telefon pintar Samsung kerana telah berlaku dua kali.

[Sumber: Gizchina, Seattle Times]

Tags: samsung
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Telefon meletup di dalam kapal terbang, terbakar sehingga tidak dikenali

Telefon meletup di dalam kapal terbang, terbakar sehingga tidak dikenali

27 August 2021
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

19 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER