• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme GT Master Edition: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:15 am
  • 01/09/2021
  • Komen
Realme GT Master Edition: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijadualkan, Realme GT Master Edition (ME) tiba di Malaysia. Berikut adalah tanda harga yang diberikan pengeluarnya untuk pasaran kita. Ada dua Realme GT ME dijual dalam pasaran Malaysia berbeza pada kapasiti storan. Harganya adalah seperti berikut:

  • RAM 8GB + storan 128GB – RM1,499
  • RAM 8GB + storan 256GB – RM1,699

Tiada program tempahan awal diadakan. Namun, kedua-dua varian akan mula dijual pada 9 September 2021 di saluran-saluran terpilih seperti Lazada. Pada hari pertama penjualan, varian 8+128 terima rebat RM100 untuk jadikan harga bersih pada RM1,399.



Sebuah speaker jenis soundbar RM129 pula menanti pembeli varian 8+256 selagi stok masih ada.

Spesifikasi Realme GT Master Edition

Realme GT Master Edition ialah telefon berpaparan 6.43”. Ia diberikan panel Super AMOLED dengan kecerahan boleh mencapai 1000 nits dan refresh rate setinggi 120Hz. Berbekalkan spesifikasi tersebut, anda boleh melayani kandungan HDR di platform penstriman kegemaran.



Namun begitu, jabatan audionya biasa-biasa saja kerana tidak disertakan konfigurasi speaker stereo untuk melengkapi paparan yang dah cukup hebat itu. Untuk alternatif, anda boleh gunakan jek audio 3.5mm ataupun TWS Bluetooth untuk bunyi yang lebih baik.

Atas papan utama, Realme GT ME diperkasa Snapdragon 778G dan ia adalah satu-satunya telefon dengan SoC itu di Malaysia. 778G adalah derivatif kepada Snapdragon 780G pada sudut proses litografi yang digunakannya (6nm vs. 5nm). 780G pula adalah derivatif kepada Snapdragon 865G. Maka anda boleh anggarkan prestasinya berada di paras mana.

Bahagian belakang telefon ada tiga buah kamera. Mereka masing-masing diberikan sensor 64MP, 8MP (ultralebar), dan 2MP (makro). Selfie pula diambil dengan kamera 16MP.

Menghidupkan telefon ini adalah bateri dengan kapasiti 4,500mAh. Ia menyokong pengecasan pantas DartCharge 65W untuk mengisi penuh tangka daripada kosong dalam masa kurang dairpada 1 jam.

Tags: Realmerealme gtRealme GT Master Edition
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Realme GT Master Edition: Maklumat penjualannya di Malaysia

Realme GT Master Edition: Maklumat penjualannya di Malaysia

1 September 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER