• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jabra umum 4 fon telinga baru: Elite 7 Pro, Elite 7 Active, Elite 3 & Elite 2

  • OLEH Najib
  • 4:23 pm
  • 01/09/2021
  • Komen
Jabra umum 4 fon telinga baru: Elite 7 Pro, Elite 7 Active, Elite 3 & Elite 2
Share on FacebookShare on Twitter

Jabra adalah satu nama yang dikenali ramai dengan produk audio Bluetooth mereka. Dalam pelancaran hari ini, mereka mengumumkan siri model yang akan digunakan sebagai barisan produk TWS (True Wireless Stereo) mereka selepas ini iaitu Elite Pro, Elite Active dan Elite.

Terdapat empat produk yang dilancarkan hari ini iaitu:



  1. Jabra Elite 7 Pro
  2. Jabra Elite 7 Active
  3. Jabra Elite 3
  4. Jabra Elite 2

Harga dan tarikh jualan

Buat masa ini, semua empat produk ini masih belum memiliki tarikh mula jualannya di Malaysia. Tetapi ia dijadualkan akan dijual bermula pada harga dan masa seperti berikut:

  • Jabra Elite 7 Pro – RM999 (suku ke-4 2021)
  • Jabra Elite 7 Active – RM899 (suku ke-4 2021)
  • Jabra Elite 3 – RM389 (September 2021)
  • Jabra Elite 2 – RM299 (September 2021)

Apabila dijual di Malaysia kelak, ia boleh didapati di Stor Jabra di Lazada dan Shopee, serta di semua pengedar sah Jabra di Malaysia. Jabra menyediakan jaminan selama 2 tahun untuk semua produk baru ini.



Jabra Elite 7 Pro

Teknologi baru yang dipasang ke dalam Elite 7 Pro adalah “Jabra MultiSensor Voice“, di mana ia menggabungkan sensor getaran tulang (bone conduction), empat mikrofon dan algoritma pintar untuk memberikan suara yang jelas semasa membuat panggilan.

Penyaring hingar aktif (ANC) padanya memberikan pengalaman pendengaran yang mengasyikkan dan ia boleh diubahsuai mengikut citarasa pengguna melalui MySound di dalam aplikasi Sound+. Teknologi HearThrough pula membolehkan pengguna mendengar bunyi luar dengan jelas, tanpa mencabutnya dari telinga.

Hayat bateri di Active 7 Pro sangat panjang, sehingga 9 jam di buds bersama ANC aktif, atau sehingga 35 jam bersama bekas pengecas. Ia turut mengecas pantas, dengan 5 minit mengecas memberikan masa penggunaan sehingga 1.2 jam.

Jabra Elite 7 Pro datang dalam 3 pilihan warna iaitu hitam, hitam titanium dan emas.

Jabra Elite 7 Active

Siri Active dihasilkan Jabra untuk pengguna yang gemar beraktiviti kecergasan yang mengeluarkan peluh. Elite 7 Active tiada sensor getaran tulang tetapi memiliki enam mikrofon untuk menangkap suara dan meningkatkan kualiti ANC.

Fon telinga ini tidak memiliki ‘sayap’ getah seperti kebanyakan fon telinga sukan lain, tetapi ia dilapisi selaput “ShakeGrip” yang menjadikannya susah tercabut dari telinga walaupun banyak bergerak. Ia juga kalis percikan air dan peluh dengan penigiktirafan IP57.

Hayat bateri yang sama dengan Elite 7 Pro turut terdapat di Elite 7 Active iaitu 9 jam di bud dengan ANC aktif dan 35 jam bersama bekas pengecas.

Terdapat tiga warna disediakan untuk Elite 7 Active iaitu hitam, biru gelap dan hijau cerah.

Jabra Elite 3

Jabra memperkenalkan Elite 3 sebagai pilihan yang lebih mampu dimiliki ramai, dengan mengekalkan teknologi bunyi terbaik mereka. Ia dibekalkan dengan 4 mikrofon untuk bunyi panggilan yang jelas tetapi tiada ANC.

Bunyi bising luar dikawal secara pasif tetapi ia menyediakan fungsi HearThrough untuk memudahkan pengguna mendengar bunyi sekeliling. Ia ada hayat bateri sehingga 7 jam di bud dan sehingga 28 jam dengan bekas pengecas.

Jabra menyediakan pilihan warna yang menarik dan segar untuk Elite 3 iaitu kelabu, ungu lilac, biru gelap dan kuning cair.

Jabra Elite 2

Ini adalah pilihan termurah dalam keluarga TWS Jabra setakat ini. Walaupun kecil, ia dilengkapi pemandu audio bersaiz 6mm dan teknologi audio Qualcomm aptX HD.

Ia dipasang dengan 2 mikrofon untuk panggilan dan menyokong pembantu maya Amazon Alexa, Apple Siri dan Google Assistant. Pengiktirafan IP55 padanya menjadikan ia sesuai digunakan semasa beraktiviti mahupun berlari di dalam hujan.

Bateri di dalam Elite 2 memberikan tenaga sehingga 7 jam di bud dan sehingga 21 jam bersama bekas pengecas. Ada dua warna dihasilkan untuk Jabra Elite 2 iaitu kelabu dan biru gelap.

Tags: JabraJabra Elite 2Jabra Elite 3Jabra Elite 7 ActiveJabra Elite 7 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Jabra umum 4 fon telinga baru: Elite 7 Pro, Elite 7 Active, Elite 3 & Elite 2

Jabra umum 4 fon telinga baru: Elite 7 Pro, Elite 7 Active, Elite 3 & Elite 2

1 September 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER