• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

TIPS: Cara pantas bold, italic & sunting pelbagai gaya font di Whatsapp

  • OLEH Fatin Amanina
  • 9:21 am
  • 04/09/2021
  • Komen
TIPS: Cara pantas bold, italic & sunting pelbagai gaya font di Whatsapp
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp merupakan antara platform permesejan yang sering digunakan masyarakat. Ada pelbagai kreativiti boleh ditambah di dalam mesej untuk menjadikannya menarik. Ia termasuklah meletakkan emoji dan mengubah perkataan menjadi format italic, bold, strikethrough dan monospace. Sekiranya anda pernah tertanya-tanya, bagaimana cara untuk mengubah perkataan menjadi 4 format itu, ini merupakan cara untuk lakukannya.

1. Italic

Italic akan menghasilkan perkataan yang condong. Ia digunakan untuk menunjukkan kelainan sesebuah perkataan dalam satu ayat. Contohnya, anda menulis ayat dengan Bahasa Melayu tetapi terdapat perkataan Bahasa Inggeris, jadi anda boleh condongkan perkataan Inggeris itu untuk menampakkan perbezaan.



Jika di WhatsApp, anda boleh membentuk perkataan Italic dengan meletakkan garis bawah ( _ ), kemudian perkataan dan letakkan garis bawah semula.

Contoh: _italic_



2. Bold

Bold ataupun huruf tebal, sering digunakan untuk menekankan sesebuah perkataan. Sekiranya ada point penting dalam ayat anda, anda boleh gunakan format ini.

Di WhatsApp, anda boleh hasilkan perkataan bold dengan meletakkan tanda bintang sebelum perkataan dan selepas perkataan.

Contoh: *RM50,000*

3. Strikethrough

Strikethrough merupakan tanda garis melintang di atas perkataan. Ia digunakan untuk menunjuk bahawa perkataan itu salahan atau untuk memadam sesebuah perkataan di dalam ayat.

Sekiranya anda ingin menggunakan Strikethrough di dalam WhatsApp, anda hanya perlu letakkan simbol tilde sebelum dan selepas perkataan.

Contoh: ~Strikethrough~

4. Monospace

Monospace direka untuk menjadikan ayat mudah dibaca. Kebiasaannya fon ini ada pada mesin taip. Untuk menggunakannya di WhatsApp, anda hanya perlu tekan tiga backticks di bahagian depan dan belakang perkataan.

Contoh:```monospace```

Jalan pintas pada Android & iPhone

Jika anda rasa sukar untuk mengingati keempat-empat cara itu, anda boleh ubah perkataan anda kepada format yang anda mahu dengan menggunakan pilihan pintas.

Bagi WhatsApp di peranti Android, anda hanya perlu tulis ayat penuh diruangan ‘type a message‘, kemudian pilih dan tekan perkataan yang ingin ditukar itu. Seterusnya pilih format yang anda mahukan.

Untuk pengguna iPhone, konsepnya sama juga, tulis ayat yang anda mahu hantar, kemudian tekan perkataan yang anda ingin tukar. Tekan select, seterusnya pilih format yang diinginkan.

Dengan jalan pintas ini, anda boleh menghantar mesej beserta format yang anda mahukan dengan cepat dan mudah.

[Sumber: Marca, WhatsApp]

Tags: whatsapp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
TIPS: Cara pantas bold, italic & sunting pelbagai gaya font di Whatsapp

TIPS: Cara pantas bold, italic & sunting pelbagai gaya font di Whatsapp

4 September 2021
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER