• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lelaki sebar berita palsu, kutip sumbangan dalam talian sebanyak RM91,000 ditahan polis

  • OLEH Najib
  • 10:08 am
  • 06/09/2021
  • Komen
Lelaki sebar berita palsu, kutip sumbangan dalam talian sebanyak RM91,000 ditahan polis
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang lelaki mendakwa bahawa 14 ahli keluarganya telah meninggal dunia akibat COVID-19. Dia turut meminta simpati orang ramai atas musibah ini dan berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM91,000 pada bulan Jun lepas.

Bagaimanapun, polis mendapati bahawa berita tersebut palsu dan meremannya di Balai Polis Bayu Damai, Kota Tinggi selama 4 hari. Lelaki berusia 45-tahun ini dipercayai menyebarkan berita palsu kematian keluarganya untuk mendapatkan sumbangan wang.



Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, lelaki ini berjaya mendapat simpati orang ramai dengan menyebar berita palsu menerusi Facebook dan WhatsApp. Lelaki ini turut meminta orang ramai menyumbang wang tunai ke akaun bank miliknya.

Tambah Hussin, kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah, boleh dihukum penjara tidak kurang dari 1 tahun dan tidak lebih 10 tahun, dengan sebatan dan boleh didenda.



Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan membuat penilaian sebelum membuat apa-apa sumbangan atau derma supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

Terdahulu Petronas dalam kenyataan menafikan dakwaan seorang individu yang merupakan kakitangan kontraktornya telah kehilangan 14 ahli keluarga akibat wabak Covid-19. Kenyataan itu memberitahu, individu berkenaan telah ditahan pihak berkuasa kerana membuat kenyataan palsu berhubung perkara tersebut.

“Individu terbabit juga didakwa telah menerima sumbangan atas perkara berkenaan. Pihak Petronas akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam membantu siasatan yang dijalankan. Petronas juga menegaskan pihaknya tidak menyokong perbuatan salah laku seperti itu sama ada oleh kakitangan atau kontraktor,” jelas kenyataan tersebut.

[Sumber: Malay Mail, Utusan]

Tags: COVID-19pdrm
Najib

Najib

POPULAR

Lelaki sebar berita palsu, kutip sumbangan dalam talian sebanyak RM91,000 ditahan polis

Lelaki sebar berita palsu, kutip sumbangan dalam talian sebanyak RM91,000 ditahan polis

6 September 2021
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN