• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pindah data Whatsapp dari iPhone ke Android tidak semudah yang disangka

  • OLEH Najib
  • 11:04 am
  • 06/09/2021
  • Komen
Pindah data WhatsApp Android dan iOS kini dibenarkan, bermula di peranti Samsung
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa pelancaran Galaxy Z Fold 3 dan Z Flip 3, WhatsApp mengumumkan bahawa dua peranti baru Samsung ini bersedia untuk menerima pemindahan data WhatsApp daripada iPhone. Ini adalah peranti pertama yang menerima fungsi terbaru WhatsApp, di mana pengguna di iPhone boleh memindahkan data mereka ke telefon pintar Android. Buat permulaan ini, hanya untuk telefon Samsung terpilih.

Bagaimanapun, pemindahan data ini tidak mudah seperti yang biasa dibuat untuk sistem operasi (OS) yang sama. Pemindahan data WhatsApp antara OS berbeza ini, pertamanya hanya menyokong dari iPhone ke Samsung dan kedua, perlu menggunakan sambungan kabel, tidak boleh wayarles.



Terang WhatsApp lagi, data yang boleh dipindahkan dari iPhone ke Samsung adalah, maklumat akaun, gambar profail, sejarah perbualan, media dan tetapan. Sejarah panggilan serta nama akaun tidak boleh dipindahkan.

Persiapan sebelum memindah data WhatsApp dari iPhone ke Samsung

Sebelum mula memindahkan data, pengguna perlu memastikan mereka memiliki semua perkara di bawah ini:



  • Aplikasi Samsung SmartSwitch versi 3.7.22.1 atau ke atas dipasang di peranti Samsung baru
  • Aplikasi WhatsApp iOS versi 2.21.160.17 atau ke atas di iPhone lama
  • Aplikasi WhatsApp Android versi 2.21.16.20 atau ke atas dipasang di peranti Samsung baru
  • Kabel USB-C ke Lightning
  • Menggunakan nombor telefon yang sama di peranti lama dan baru
  • Peranti Samsung mestilah masih baru dalam tetapan lalai kilang, atau direset semula

Cara memindah data WhatsApp dari iPhone ke Samsung

Selepas semua perkara di atas selesai dan disediakan, ikuti langkah di bawah untuk memindah data daripada iPhone kepada telefon baru Samsung:

  1. Hidupkan telefon pintar Android dan sambungkan kabel kepada iPhone apabila diminta
  2. Turuti langkah yang dimaklumkan di dalam aplikasi Samsung Smart Switch
  3. Imbas kod QR di peranti baru Samsung apabila diminta, menggunakan kamera iPhone
  4. Tekan ‘Start’ di iPhone, dan tunggu sehingga proses selesai
  5. Teruskan membuat tetapan di telefon baru Samsung
  6. Apabila tiba di paparan utama, buka WhatsApp dan daftar masuk menggunakan nombor telefon yang sama
  7. Tekan Import apabila diminta, dan tunggu sehingga proses selesai
  8. Lengkapkan pengaktian di peranti Samsung baru dan nantikan semua perbualan kembali di telefon Samsung baru

Perlu diingatkan bahawa, semua data di telefon lama iPhone masih tersimpan di sana, melainkan anda membuang ada mereset semual telefon tersebut.

[Sumber: 9to5mac, WhatsApp]

Tags: androidiphonesamsungwhatsapp
Najib

Najib

POPULAR

Pindah data WhatsApp Android dan iOS kini dibenarkan, bermula di peranti Samsung

Pindah data Whatsapp dari iPhone ke Android tidak semudah yang disangka

6 September 2021
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER