Bulan puasa bakal tiba membawa ke hari raya. Pasti banyak tawaran dan promosi akan dibuat bagi menyambut hari raya nanti. Huawei Malaysia nampaknya menjadi yang terawal mengadakan promosi menerusi kempen Gaya Raya Bersama Huawei.
Kempen Huawei yang berjalan dari 18 Mei hingga 17 Jun 2018 ini menyediakan hadiah bernilai RM100,000. Hadiah utamanya berupa percutian 4 hari 3 malam untuk 4 orang ke Tokyo Disneyland, diikuti hadiah percutian 4 hari 3 malam untuk 4 orang ke Club Med Bali. Selain itu, terdapat 250 keping baucer beli-belah bernilai RM200 disediakan.
Untuk menyertai pertandingan ini, pengguna hanya perlu membeli mana-mana telefon pintar Huawei yang mengambil bahagian, kemudian mengisi butir peribadi dan menjawab 2 soalan di dalam borang cabutan bertuah. Pemenang akan diumumkan di Facebook HUAWEI Mobile pada 6 Julai 2018.
Selain hadiah cabutan bertuah, setiap pembelian peranti Huawei terpilih akan turut menerima hadiah percuma. Senarai peranti dan hadiah percuma yang diberikan adalah seperti berikut:
- HUAWEI P20 – RM2,599: Cawan berwarna eksklusif dan kabel data berwarna, bernilai RM249
- HUAWEI P20 Pro – RM3,299: Cawan berwarna eksklusif dan kabel data berwarna, bernilai RM249
- HUAWEI Mate 10 – RM2,299: Kotak hadiah Mate 10 berisi botol eksklusif dan penapis udara bernilai RM169
- HUAWEI Mate 10 Pro – RM3,099: Kotak hadiah Mate 10 berisi botol eksklusif dan penapis udara bernilai RM169
- HUAWEI nova 2i – RM999: Beg melancong bernilai RM79
- HUAWEI nova 2 lite – RM7,99: Beg melancong bernilai RM79
- HUAWEI M3 Lite – RM999: Pen stailus dan flip cover bernilai RM59
Kalau nak beli telefon Huawei nanti, jangan lupa dapatkan borang cabutan bertuah bersama hadiah percuma tu.