• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp berbilang peranti kini boleh digunakan di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 10:02 am
  • 10/09/2021
  • Komen
WhatsApp berbilang peranti kini boleh digunakan di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah beberapa lama WhatsApp bercerita tentang sokongan peranti berbilang peranti tanpa sambungan ke telefon pintar. Hari ini, pengguna WhatsApp di Malaysia boleh mencuba sendiri ciri terbaru ini. Tetapi uji atas risiko sendiri sebab ia masih dalam ujian BETA.

Fungsi baru WhatsApp Multi-Device jika diaktifkan, membolehkan pengguna menggunakan WhatsApp di peranti lain seperti komputer atau di pelayar web, tanpa perlukan sambungan internet aktif di telefon pintar utama. Bermakna, telefon mati sebab habis bateri atau di luar kawasan liputan, WhatsApp Desktop dan WhatsApp Web di komputer, masih boleh digunakan untuk berborak.



Tetapi sebelum mula menggunakannya, anda perlu tahu bahawa fungsi ini masih dalam ujian BETA dan ada beberapa masalah yang masih belum diperbaiki. Antara perkara yang tidak boleh anda lakukan jika menyertai BETA ini adalah:

  • Melihat lokasi masa nyata (Live Location) pada peranti lain.
  • Pin perbualan di WhatsApp Web atau WhatsApp Desktop
  • Sertai, melihat, atau reset jemputan WhatsApp Group di WhatsApp Web atau Desktop. Hanya boleh di telefon sahaja.
  • Berbual atau membuat panggilan kepada pengguna lain yang masih menggunakan WhatsApp versi terlalu lama, tidak boleh dibuat di peranti yang disambungkan.
  • Membuat panggilan dari Portal atau WhatsApp Desktop ke peranti sambungan yang tidak menyertai BETA berbilang-peranti.
  • Akaun WhatsApp lain di Portal tidak berfungsi melainkan ia turut menyertai BETA berbilang-peranti.
  • Pengguna WhatsApp Business tidak boleh mengubah nama perniagaan atau label dari WhatsApp Web atau Desktop.

Jika anda sudah memahami kekurangan yang masih terdapat dalam versi BETA ini dan menerima seadanya, maka bolehlah anda menyertai. Cara-cara untuk menyertai dan mengaktifkan BETA berbilang-peranti ini adalah seperti berikut:



  1. Buka WhatsApp di telefon pintar dan pergi ke tiga garis di atas kanan iaitu menu, pilih Linked Devices.
  2. Akan keluar notis “Try new improvements’ untuk menyertai BETA berbilang-peranti. Tekan OK.
  3. Pilih Multi-device beta.
  4. Tekan butang ‘Join Beta’.

Selesai, sekarang anda boleh menghubungkan semula peranti lain atau WhatsApp Desktop dan WhatsApp Web ke akaun WhatsApp. Anda masih boleh meninggalkan BETA bila-bila masa jika merasakan tidak lagi mahu menggunakannya, dengan cara yang sama.

Tags: whatsapp
Najib

Najib

POPULAR

WhatsApp berbilang peranti kini boleh digunakan di Malaysia

WhatsApp berbilang peranti kini boleh digunakan di Malaysia

10 September 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN