Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Samsung
Barangan peribadi tentu jadi lebih menarik sekiranya ada ciri-ciri yang boleh disuaikan dengan pemiliknya. Di telefon misalnya, dulu anda boleh tukar nada dering, tapi sekarang anda boleh tukar terus tema antara muka terutamanya wallpaper.
Cuba perhatikan pengguna telefon di sekeliling anda, terutamanya pada bahagian wallpaper, ia mungkin boleh menceritakan sedikit sebanyak perihal pemiliknya.
Wallpaper Default
Mereka ini mungkin menukar telefon setiap kali keluaran terbaharu ada dalam pasaran. Maka, golongan ini tak kisah keadaan muka depan telefon masing-masing.
Malah orang yang dalam golongan ini kadang kala tak susunpun ikon APP yang mereka pasang didalam telefon.
Haiwan Peliharaan
Pengguna telefon ini mungkin sedang ingin memikat seseorang. Haiwan peliharaan ialah pencetus perbualan paling mudah selepas cuaca ataupun klise “sedang tunggu bas ke?”
Waifu/Anime
Pengguna telefon dengan wallpaper anime terutamanya karakter perempuan (Waifu) besar berangkali peminat tegar Honkai Impact suatu masa dahulu dan kini berhijrah kepada Genshin Impact.
Jangan sesekali kata yang kartun dan anime adalah benda yang sama jika tidak mahu dibambu.
Minimalistik
Golongan ini ialah seorang power user, pengguna telefon yang tahu selok belok peranti di dalam poket mereka. Tanya saja spesifikasi, maka seharianlah dia bercerita tentangnya.
Tambahan pula, mereka tidak menukar telefon sekerap golongan wallpaper default jadi mereka akan sentiasa pastikan telefon dalam keadaan kemas dan optimum.
Hitam
Kalau dalam arena PC Master Race, mereka ini ialah Low Spec Gamer, golongan yang tidak mengejar kualiti grafik, sebaliknya FPS setinggi yang mungkin.
Lebih hardcore berbanding kumpulan minimalistik.
Untuk telefon, sudahlah telefon guna skrin Super AMOLED, wallpaper pula hitam legam. Tatkala orang lain mula mencucuk telefon masing-masing pada pengecas di penghujung hari, golongan ini masih ada lebih 50% paras bateri.
Kenapa tak buat wallpaper sendiri?
Selain anda selongkar internet untuk wallpaper percuma, apa kata anda hasilkan sendiri. Pastinya lebih puas hati melihat karya anda terpampang di muka depan telefon.
Kalau di Samsung Galaxy S21 Ultra 5G, ada dua cara boleh guna untuk jana wallpaper sendiri. Salah satunya adalah menggunakan kamera berkuasa tinggi siri Galaxy S21 5G.
Contohnya, anda berada di tempat dengan pemandangan menarik, keluarkan saja telefon daripada poket dan mula menembak.
Daripada situ, anda boleh lakukan penyuntingan secara terus. Biasanya saya akan tukar kecerahan, sedikit crop, tampal sedikit filter dan simpan. Siap!
Ataupun buat yang berimaginasi tinggi, gunakan saja S Pen untuk lakarkan wallpaper unik anda. Sudah pasti anda tak akan jumpa orang lain yang gunakan wallpaper yang sama dengan anda.
Dapatkan seunit siri Samsung Galaxy S21 5G
Sehingga 14 September 2021 ini, jangan lepaskan peluang untuk beli mana-mana siri Samsung Galaxy S21 5G pada rebat RM500.
Hey, kalau anda nak hasilkan doodle anda sendiri di atas paparan besar Galaxy S21 Ultra macam dalam artikel ini, anda boleh gunakan S Pen ataupun S Pen Pro. Mereka masing-masing dijual pada harga RM159 dan RM499.
Anda boleh layari laman rasmi Samsung untuk maklumat lanjut.