Laman web COVIDNow adalah portal terbaharu yang dilancarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM ) untuk menyiarkan segala maklumat keadaan pandemik COVID-19 di Malaysia. CovidNow menghimpunkan segala-gala data penting dalam satu tempat.
Jika sebelum ini, data-data ini berada dalam keadaan segregat, contohnya status pemvaksinan dilapor oleh JKJAV, kes harian dan kematian dilapor KKM, kesemua data itu kini dihimpunkan di tempat yang sama.
Kesemua data yang anda lihat dalam COVIDNow boleh digolongkan dalam salah satu daripada tiga kategori ini:
- Status Pemvaksinan
- Status Kes Positif
- Status Kematian
Status Pemvaksinan
Dalam bahagian ini, anda boleh dapat maklumat tentang perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Sebagai rumusan, anda dihidangkan dengan satu garis mendatar mewakili peratusan penduduk Malaysia.
Daripada situ, anda beroleh info tentang berapa ramaikah yang sudah lengkapkan program imunisasi (Fully Vaccinated). Kategori ini menghimpunkan orang yang telah 2 dos vaksin serta yang menerima vaksin 1 dos seperti CanSino.
Kemudian, anda juga boleh ketahui berapa ramaikah yang sedang menunggu dos pelengkap program vaksinasi (Partially Vaccinated) dan dua golongan terakhir ialah yang telah daftarkan diri tapi masih belum terima walaupun satu dos (Registered) serta yang masih belum mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin (Not Registered).
Unjuran kepada titik-titk penting dalam PICK turut dikongsikan. Misalnya, anda boleh mengetahui bilakah negara kita akan capai paras 80% (Herd Immunity) penduduk lengkap vaksin berdasarkan data-data semasa. Unjuran ini dikemas kini setiap hari berdasarkan maklumat terkini yang dibekalkan pihak berkuasa.
Data yang mungkin akan menarik minat anda ialah pecahanan jenama vaksin yang diberikan. Dalam banyak-banyak vaksin dalam portfolio PICK, kita Cuma gunakan 4 vaksin iaitu: AstraZeneca, Cansino, Pfizer, dan Sinovac. Anda juga boleh melihat pemberian jenis vaksin mengkut negeri dan juga demografi umur (populasi keseluruhan vs. populasi dewasa 18+).
Status Kes Positif
Jika dulu pengumuman kes positif anda akan dengari daripada DG Hisham, kali ini anda boleh terus rujuk pada CovidNow dan cut-off pelaporan harian juga berubah dariapda setiap hari 12 tengah hari kepada 12 tengah malam.
Antara maklumat yang boleh anda peroleh daripada kategori ini ialah seperti Kes Per 1K Populasi. Kemudian, kes positif juga dibandingkan dengan populasi yang telah divaksinasi. Ia boleh menggambarkan ekeberkesanan vaksin dalam menghalang jangkitan.
Daripada jumlah kes positif, anda juga boleh melihat status pesakit yang:
- Berada di hospital
- Perlukan alat bantuan pernafasan
- Berada di ICU
Rentetan daripada data tersebut, anda turut boleh mengetahui paras kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan negara kita dengan maklumat seperti:
- % kapasiti katil yang digunakan
- % kapasiti katil ICU yang digunakan
- % kapasiti alat bantuan pernafasan
Status kematian
Pelaporan kematian COVID-19 adalah mencabar kerana KKM perlu mengikuti SOP pengkelasan yang ketat. Tambahan pula, kekangan tenaga kerja untuk kerja-kerja pelaporan telah menyebabkan berlakunya backlog dalam proses merekod.
Untuk memudahkan pemahaman, jumlah kematian yang dilaporkan setiap hari tidaklah melambangkan kes pada hari itu. Ia mungkin ialah kematian yang berlaku pada hari-hari sebelumnya dan tidak sempat direkodkan di dalam sistem.
Ada dua kategori data kematian boleh anda rujuk iaitu:
- Reported Death (kes kamatian yang dilaporkan)
- Actual Daily Death (kes kematian mengikut Tarikh)
Bagi mempertingkat integrity pelaporan data, KKM telah menetapkan backlog sehingga 7 hari bagi kakitangan kesihatan memasukkan data-data melibatkan kes kematian ke dalam sistem. Maka, angka-angka yang anda lihat sebagai kematian pada hari ini mungkin berubah pada hari esoknya sekiranya ada data baru yang masuk.