• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Watch Series 7: Skrin lebih luas, muka tahan retak

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:14 am
  • 15/09/2021
  • Komen
Apple Watch Series 7: Skrin lebih luas, muka tahan retak
Share on FacebookShare on Twitter

Apple Watch Series 7 diumumkan dengan beberapa perubahan menarik. Ditawarkan dalam saiz 41mm dan 45mm, ia kini sediakan paparan sehingga 20% lebih luas berbanding generasi terdahulu hasil penggunaan paparan berbingkai nipis.

Bagi memanfaatkan keluasan itu, Apple memasukkan ciri papan kekunci virtual QWERTY yang boleh digunakan untuk memasukkan input text secara tekat ataupun leret. Pada segi jenis paparan, ia masih mengekalkan panel OLED tapi kecerahan dipertingkat sehingga 70% berbanding sebelumnya. Maka, penglihatan di bawah cahaya matahari nyata ditambah baik pada iterasi ini.



Lagi penambahbaikan di bahagian muka jam ialah lapisan kristal kalis retak yang dikatakan bahan paling kukuh pada Apple Watch setakat ini. Bercakap tentang kekukuhan, Apple Watch Series 7 kalis air pada kedalaman sehingga 50W dan memenuhi piawian IP6X pada sudut kekalisan debu.

Ciri-ciri menarik daripada model sebelum ini tetap diwarisi pada produk ini seperti sejumlah sensor berguna termasuklah ciri mengukur kepekatan oksigen darah dan ECG.



Hayat bateri dilaporkan sama seperti Series 6 (18 jam) tapi berubahan boleh dilihat pada kelajuan mengecas. Ia 33% lebih pantas diisi berbanding yang lama manakala daripada 0 ke 80% cuma mengambil masa 45 minit.

Harga Apple Watch Series 7 masih belum diumumkan di Malaysia. Tapi di A.S, harganya ialah bermula USD399 (RM1,660). Di pasaran kita, Apple telah dikesan menurunkan harga Apple Watch SE kepada RM1,199 (40mm) dan RM1,349 (44mm).

Tags: appleapple watch
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Apple Watch Series 7: Skrin lebih luas, muka tahan retak

Apple Watch Series 7: Skrin lebih luas, muka tahan retak

15 September 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER