• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Instagram uji Favorites, papar akaun kegemaran pengguna lebih atas dari yang lain

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:56 pm
  • 15/09/2021
  • Komen
Instagram uji Favorites, papar akaun kegemaran pengguna lebih atas dari yang lain
Share on FacebookShare on Twitter

Instagram dilaporkan sedang menguji secara dalaman ciri yang memberi kemampuan kepada pengguna, untuk mengawal algoritma suapan (feed) di akaun masing-masing. Pembangun mudah alih, Alessandro Paluzzi ada berkongsi tangkap layar tentang ciri yang dinamakan Favorites ini.

Menerusi tangkap layar itu, Favorites membolehkan anda menetapkan akaun sesiapa sahaja yang anda mahu utamakan diruangan feed seperti ahli keluarga atau rakan. Dengannya, setiap perkongsian terbaru dari mereka akan berada lebih tinggi di dalam feed, jadi anda tidak akan ketinggalan untuk mengikuti perkembangan mereka.



Contohnya, apabila anda meletakkan akaun adik anda di dalam Favorites, maka setiap perkongsian gambar atau video terbaru dari adik anda, akan berada paling atas diruangan feed anda.

Selain itu, akaun yang sudah anda tetapkan dalam Favorites juga boleh dibuang (remove). Mereka tidak akan dimaklumkan jika anda menambah atau membuang akaun mereka.



#Instagram keeps working on “Favorites” 👀

Here are more details on how it works 👇🏻 pic.twitter.com/Kt1nymVK1k

— Alessandro Paluzzi (@alex193a) September 11, 2021

Sekiranya pengguna tidak terfikir untuk meletakkan sesiapa dalam Favourites, akan ada akaun cadangan (suggestion) disediakan berdasarkan aktiviti pengguna di Instagram.

Buat masa ini, algoritma pada feed cenderung menyediakan perkongsian berdasarkan populariti. Ia juga meletakkan perkongsian yang melibatkan aktiviti dan sejarah terkini interaksi pengguna dengan seseorang.

Oleh itu, jika ciri Favourites ini dilancarkan kepada umum, tentunya pengguna boleh pilih sendiri akaun mana yang mahu diutamakan. Ia juga dapat jimatkan masa pengguna daripada membuat carian akaun tertentu, untuk melihat perkembangan mereka.

[Sumber: Engadget]

Tags: instagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Instagram uji Favorites, papar akaun kegemaran pengguna lebih atas dari yang lain

Instagram uji Favorites, papar akaun kegemaran pengguna lebih atas dari yang lain

15 September 2021
Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

10 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER