• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Memorial Covid-19 Malaysia dibangunkan, memperingati mangsa kematian akibat virus

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:03 pm
  • 17/09/2021
  • Komen
Memorial Covid-19 Malaysia dibangunkan, memperingati mangsa kematian akibat virus
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai langkah memperingati individu yang terkorban akibat pandemik Covid-19 di negara ini, satu laman web yang diberi nama Memorial Covid-19 Malaysia telah dibangunkan. Inisiatif ini bermula dari satu tweet yang ditulis oleh Aidila Razak pada 6 Ogos 2021. Menurutnya, kes kematian ketika itu sudah melebih 10 ribu, jadi ini merupakan masanya untuk merekod maklumat sebilangan besar mangsa yang terlibat di dalam laman peringatan.

CALL-OUT FOR COLLABORATION:

Friends, w >10K Covid-19 deaths, I feel it’s time we record as many of them in an online memorial site. They’re sisters, mums, brothers, dads, son, daughters, friends, dearly loved individuals. Not just numbers.

Any web designer keen to collab?

— Aidila Razak (@aidilarazak) August 6, 2021

Melalui laman web ini, maklumat berkaitan arwah atau pun mendiang akan dinyatakan, ia termasuklah nama, tarikh kematian, lokasi kematian dan gambar mereka. Info mengenai mereka ini diperolehi daripada waris atau keluarga mangsa melalui laman web yang dihebahkan sejak 31 Ogos lepas. Selain itu, data juga diambil dan dikumpul melalui berita yang dilaporkan media tempatan serta status posting awam di media sosial.



Selain itu, di laman web ini juga ada disediakan halaman rujukan. Di sini masyarakat boleh melihat laman sesawang yang menyediakan bantuan bagi kesihatan mental, serta pautan kepada agensi-agensi yang menawarkan bantuan untuk menghadapi pandemik ini.

Setakat ini, Memorial Covid-19 Malaysia sudah mempunyai 18 halaman dan setiap halaman dipenuhi 20 maklumat kematian, ia boleh dilayari di c19memorial.my/ms. Sekiranya anda ketahui mana-mana mangsa yang meninggal akibat wabak ini, anda boleh masukkan maklumat mereka di dalam laman web ini sebagai salah satu langkah untuk memperingati mangsa.



[Sumber: Bernama]

Tags: COVID-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Memorial Covid-19 Malaysia dibangunkan, memperingati mangsa kematian akibat virus

Memorial Covid-19 Malaysia dibangunkan, memperingati mangsa kematian akibat virus

17 September 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER