• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor masih belum bebas dari bayangan sekatan Huawei

  • OLEH Najib
  • 4:15 pm
  • 23/09/2021
  • Komen
Honor masih belum bebas dari bayangan sekatan Huawei
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya usaha Honor untuk memadamkan kisah lampau mereka tidak bertemu laluan mudah. Asalnya ia berpisah dengan Huawei untuk membuka jalan baru perniagaan tanpa sekatan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS). Tetapi masih ada sebilangan pihak berkuasa AS mahu sekatan yang sama terhadap Huawei, dikenakan kepada Honor.

Perkara ini dilaporkan oleh Washington Post di mana sumber dalaman kerajaan AS menyatakan bahawa perbincangan dalaman antara empat Jabatan utama iaitu Jabatan Pertahanan, Jabatan Tenaga, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Negara, tidak sepakat dalam keputusan mengenai Honor. Jabatan Pertahanan dan Tenaga menyokong sekatan terhadap Honor diteruskan, tetapi ia ditentang oleh Jabatan Perdagangan dan Negara.



Jika keputusan ini masih tidak mencapai kata sepakat, ia akan dibawa ke mesyuarat kabinet dan jika ia masih tidak mencapai suara majoriti, Presiden AS Joe Biden perlu membuat keputusan terakhir. Sehingga kini, masih belum kedengaran sama ada Biden mahu melonggarkan sekatan terhadap Huawei mahupun Honor.

Sekatan perdagangan terhadap Huawei dikenakan oleh kerajaan Donald Trump pada Mei 2019, di mana ia melarang mana-mana perniagaan di AS daripada berurusan dengan Huawei, dan syarikat berkaitannya, termasuk Honor. Ini kerana AS menuduh kerajaan komunis China adalah kuasa di sebalik tabir Huawei dan menggunakan syarikat tersebut untuk mengintip negara lain melalui teknologi canggih termasuk rangkaian 5G.



Sedikit demi sedikit, kelonggaran diberikan kepada Huawei di mana mereka berjaya mendapatkan bekalan pemproses tetapi tiada teknologi 5G. Ini dapat dilihat apabila Huawei melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Huawei P50 dengan cip Snapdragon 888 tetapi tanpa sokongan 5G.

Huawei juga terpaksa melepaskan pegangan mereka terhadap Honor demi kelangsungan syarikat tersebut. Selepas keluar daripada Huawei, Honor telah mula mendapat bekalan perkakas untuk penghasilan peranti dan ini dapat dilihat apabila peranti terbaru Honor, siri Honor Magic 3 dilancarkan bersama cip keluaran Qualcomm dengan modem 5G terbina di dalam.

Malah, Honor menjanjikan sokongan perkhidmatan Google di dalam peranti Android terbaru mereka tetapi sehingga kini masih belum kelihatan di pasaran. Keputusan sekatan AS yang belum diketahui hujungnya, mungkin menjadi punca kelewatan Honor untuk menjual peranti mereka bersama perkhidmatan Google di pasaran antarabangsa.

Isu sekatan terhadap Honor timbul semula apabila beberapa ahli parlimen Republikan, meminta Setiusaha Perdagangan, Gina Raimondo untuk meneruskan sekatan kerana langkah Huawei menjual Honor adalah taktik perniagaan untuk mengaburi orang ramai. Mereka menyatakan bahawa Honor masih menggunakan struktur pemilikan oleh kerajaan, di mana Honor kini dipegang oleh syarikat berkaitan Majlis Perbandaran Shenzhen.

Ia mungkin menimbulkan kerisauan ahli parlimen AS kerana Honor telah mengumumkan bahawa mereka telah menjalin semula hubungan perniagaan dengan beberapa pengeluar terkemuka dunia dan kembali memegang pasaran antarabangsa Huawei yang telah berkurangan. Ini dapat dilihat menerusi pengumuman oleh Qualcomm serta usaha Honor mengembalikan Google.

Buat masa ini, peminat Honor tidak perlu risau tentang masalah ini kerana ia masih di peringkat perbincangan. Honor telah kembali aktif menghasilkan pelbagai produk pengguna, antaranya komputer riba dan produk audio. Honor juga dilihat akan kembali ke pengeluar teratas dunia, jika sekatan AS tidak lagi menganggu mereka.

[Sumber: Washington Post]

Tags: honor
Najib

Najib

POPULAR

Honor masih belum bebas dari bayangan sekatan Huawei

Honor masih belum bebas dari bayangan sekatan Huawei

23 September 2021
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER