• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vaksin COVID-19 #27: Pemberian dos penggalak & Vaksinasi datang terus untuk remaja

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:56 pm
  • 24/09/2021
  • Komen
Vaksin COVID-19 #27: Pemberian dos penggalak & Vaksinasi datang terus untuk remaja
Share on FacebookShare on Twitter

Antara isu yang dikongsikan dalam episod minggu ini, golongan remaja boleh datang terus (walk-in) untuk dapatkan vaksin Covid-19? Malaysia mensasarkan untuk memberikan dos booster (penggalak) untuk siapa? Masih bolehkah datang terus untuk dapatkan vaksin di Lembah Klang? Dan banyak lagi yang diketengahkan dalam episod minggu ini.

1. 80% dewasa di Malaysia telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 mereka

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah mencapai kejayaan baru, apabila 80% populasi dewasa Malaysia telah melengkapkan vaksinasi. Lembah Klang, Labuan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perlis telah memvaksinasi sepenuhnya lebih daripada 80% populasi dewasa mereka.



2. Vaksinasi datang terus untuk remaja

Sebelum ini KKM ada mengumumkan vaksinasi datang terus atau walk-in untuk remaja di 156 pusat vaksinasi di seluruh negara. Ia dikatakan akan bermula pada 23 September. Namun perkara ini dibatalkan kerana memerlukan perancangan yang teliti agar perlaksaannya dapat dilakukan dengan baik.

Terkini menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Noor Azmi Ghazali, janji temu akan diberikan kepada remaja untuk menerima vaksinasi. Oleh itu, vaksinasi datang terus hanyalah untuk remaja yang berada di IPT/IPTS dan yang tidak bersekolah.



3. Vaksinasi datang terus untuk warga asing tanpa dokumen di Pulau Pinang

Pekerja asing tanpa dokumen di Pulau Pinang boleh datang terus untuk dapatkan vaksin COVID-19 di 4 pusat vaksinasi yang ditetapkan iaitu:

  1. SPICE Convention center
  2. Dewan Millennium
  3. SP Arena 
  4. Dewan Serbaguna Sungai Bakap.

4. Program vaksinasi datang terus Lembah Klang dipanjangkan

JKJAV telah umum untuk melanjutkan Program Vaksinasi datang terus di Lembah Klang sehingga akhir bulan September. Bagi rakyat Malaysia yang belum mendapat vaksin, anda masih boleh walk-in di 5 PPV terpilih di bawah sehingga 30 September.

5. Malaysia akan memberikan dos penggalak seawal Oktober

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa dos penggalak akan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi. Golongan tersebut ialah pekerja perkhidmatan kesihatan, individu yang mengalami masalah imun, warga emas dengan komorbiditi dan individu yang tinggal dan bekerja di rumah warga emas.

6. Status Vaksinasi

Setakat 21 September 2021, Malaysia telah memberikan hampir 41 juta dos vaksin di seluruh negara. 22.2 juta individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos. 18.7 juta daripada jumlah penduduk telah menyelesaikan vaksinasi mereka dengan vaksin satu atau dua dos.

Tags: vaksinVaksin Covid-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Vaksin COVID-19 #27: Pemberian dos penggalak & Vaksinasi datang terus untuk remaja

Vaksin COVID-19 #27: Pemberian dos penggalak & Vaksinasi datang terus untuk remaja

24 September 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN