• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ASUS Zenfone Max Pro M1 akan dilancarkan pada 31 Mei

  • OLEH Najib
  • 3:32 pm
  • 17/05/2018
  • Komen
ASUS Zenfone Max Pro M1 akan dilancarkan pada 31 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Buat anda yang menanti ketibaan telefon pintar ASUS Zenfone Max Pro M1, ia kini sudah pasti. ASUS Malaysia telah mengesahkan, Zenfone Max Pro M1 akan dilancarkan di Malaysia pada 31 Mei 2018.

Zenfone Pro M1 dinanti ramai kerana ia dikatakan pencabar terdekat Redmi Note 5. Ia bukan sahaja memiliki spesifikasi yang hampir sama, malah dijual pada harga yang hampir sama. Mungkin lebih murah lagi dari Redmi Note 5.



Zenfone Max Pro M1 juga memiliki kelebihan kerana ia mungkin ditawarkan dalam spesifikasi tertinggi, 6GB RAM dan 64GB storan. Selain dari model 3GB RAM + 32GB storan, serta 4GB RAM + 64GB storan.

Selain itu, ASUS menggunakan Android Tulen pada Zenfone Max Pro M1, berasaskan Android 8.0 Oreo. Dengan ini, kemaskini perisian boleh diterima lebih pantas.



Walaupun harga di Malaysia masih belum diketahui, kita boleh merujuk harga jualannya di Indonesia di mana kami jangkakan ia hampir dengan kadar tukaran secara terus.

ASUS Zenfone Max Pro M1

  • 3GB + 32GB – IDR 2.299.000 (~RM649)
  • 4GB + 64GB – IDR 2.799.000 (~RM790)
  • 6GB + 64GB – IDR 3.299.000 (~RM931)

Tidak mustahil jika ASUS Malaysia akan menjualnya pada harga RM699 untuk model 3GB RAM, RM849 bagi 4GB RAM dan RM999 untuk 6GB RAM. Tambah menarik jika ia dijual lebih rendah sebagai promosi pengenalan, kerana ia dibuat semasa pelancaran di Indonesia.

Jadi, tandakan tarikh 31 Mei 2018 jika anda mahu mendapatkan telefon pintar baru ASUS ini. Boleh jadi telefon baru untuk hari raya, apatah lagi memang baru lepas dapat gaji nanti kan.

Tags: asusasus malaysiaasus zenfone max pro m1zenfone max pro m1Zenfone Max Pro M1 Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
ASUS Zenfone Max Pro M1 akan dilancarkan pada 31 Mei

ASUS Zenfone Max Pro M1 akan dilancarkan pada 31 Mei

17 May 2018
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER