• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YouTube akan bertindak lebih keras terhadap kandungan anti vaksin

  • OLEH Najib
  • 11:33 pm
  • 30/09/2021
  • Komen
Pendaftaran vaksin Covid-19 akan dibuka, suntikan dilaksana dalam 3 fasa
Share on FacebookShare on Twitter

YouTube tidak akan berlembut lagi terhadap anti-vaksin apabila mereka mengumumkan bahawa akan menyekat terus mana-mana kandungan anti-vaksin di platform mereka. Ia adalah langkah lebih tegas berbanding sebelumnya di mana YouTube hanya menyekat berita palsu berkaitan COVID-19.

Dalam kenyataan rasmi mereka, polisi terbaru ini akan dikuatkuasakan terhadap vaksin yang telah diluluskan dan disahkan selamat serta berkesan oleh pihak berkuasa tempatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization, WHO).



Selain COVID-19, polisi baru YouTube ini akan turut memantau sebarang salah maklumat berkaitan imunisasi untuk wabak seperti campak, Hepatitis B dan influenza. Jika ditemui, YouTube akan terus membuangnya dari platform mereka tanpa disoal.

Antara jenis kandungan yang akan dibuang oleh YouTube adalah kandungan yang menyatakan vaksin yang telah diluluskan tidak berkesan, atau dikaitkan dengan kesan sampingan yang kronik. YouTube juga telah menyekat kandungan merbahaya seperti meminum minyak turpentin boleh memulihkan penyakit.



Sebagai langkah tambahan, YouTube juga dikatakan telah menyekat saluran yang dikaitkan dengan aktivitis anti-vaksin terkenal seperti Robert F Kennedy Jr and Joseph Mercola. Menurut YouTube, mereka telah membuang lebih daripada 130,000 video sejak tahun lepas kerana melanggar polisi YouTube mengenai kandungan vaksin COVID-19.

[Sumber: Al-Jazeera, YouTube]

Tags: Vaksin Covid-19YouTube
Najib

Najib

POPULAR

Pendaftaran vaksin Covid-19 akan dibuka, suntikan dilaksana dalam 3 fasa

YouTube akan bertindak lebih keras terhadap kandungan anti vaksin

30 September 2021
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN