• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Windows 11 mula diedarkan, guna 3 saluran ini untuk pasangnya secara manual

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:23 pm
  • 05/10/2021
  • Komen
Windows 11 mula diedarkan, guna 3 saluran ini untuk pasangnya secara manual
Share on FacebookShare on Twitter

Windows 11, iterasi terbaharu kepada sistem operasi komputer peribadi paling popular di dunia kini boleh dimuat turun.Buat komputer yang dikesan Windows menyokong sistem operasi Windows 11, notifikasi akan dihantar kepada mesin tersebut untuk memasangnya, secara berkala. Namun sekiranya anda tak sabar, ada beberapa saluran untuk anda pasang Windows 11 secara manual.

Anda boleh tunggu sehingga kemas kini Windows 11 tersedia untuk komputer anda ataupun pasang secara manual

1. Windows 11 Installation Assistant



Ini adalah cara terbaru dan paling disarankan Windows. Ia hanya berfungsi untuk yang nak naik taraf daripada Windows 10 kepada Windows 11. Apa yang perlu anda lakukan, muat turun perisian ini dan semua pemasangan akan dibantu secara automatik.

Muat turun Windows 11 Installation Assistant



2. Windows 11 Installation Media & ISO

Cara ini boleh digunakan untuk naik taraf Windows 11 daripada apa sahaja versi Windows. Anda perlukan satu medium storan fizikal seperti CD ataupun pemacu kilat untuk Windows hasilkan pemasang bootable daripada BIOS. Beza antara Installation Media dan Disk Image adalah yang pertama akan wujudkan file pemasangan secara automatik manakala untuk Disk Image, anda perlu wujudkan fail pemasangan secara manual.

Muat turun Windows 11 Installation Media

Muat turun Windows 11 Disk Image

Windows 11 membawakan beberapa perubahan menarik terutamanya pada antara muka. Ia dilaporkan lebih mesra tablet dan skrin sesentuh. Golongan gamers pula pastinya alu-alukan ciri auto HDR yang akan memantapkan visual permainan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Tags: Microsoftmicrosoft windowsMicrosoft Windows 11windows 11
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Windows 11 mula diedarkan, guna 3 saluran ini untuk pasangnya secara manual

Windows 11 mula diedarkan, guna 3 saluran ini untuk pasangnya secara manual

5 October 2021
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
TNG eWallet akan menghentikan fungsi auto reload kad debit bermula 13 Mei 2026

TNG eWallet akan menghentikan fungsi auto reload kad debit bermula 13 Mei 2026

30 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN