• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme Pad tawar pilihan WiFi dan LTE dari serendah RM799

  • OLEH Najib
  • 5:42 pm
  • 03/11/2021
  • Komen
Realme GT Neo 2 dan Realme Pad akan datang ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Akhirnya tablet pertama Realme boleh dimiliki di Malaysia. Realme Pad telah dilancarkan di samping Realme GT Neo 2, menawarkan peranti kelas pertengahan dengan harga yang menarik dan mampu milik.

Tarikh dan Harga Jualan

Tablet Realme Pad akan mula dijual di Malaysia pada 11 November 2021, sempena jualan 11.11 yang akan berlangsung. Ada dua warna boleh dipilih, antara kelabu dan emas.



Terdapat beberapa varian ditawarkan di sini, dengan pilihan WiFi dan LTE iaitu:

  • Realme Pad Wifi (RAM 3GB + Storan 32GB) – RM899
  • Realme Pad LTE (RAM 3GB + Storan 32GB) – RM949
  • Realme Pad LTE (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM999
  • Realme Pad LTE (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,199

Tetapi khas untuk varian RAM 3GB dan storan 32GB, Realme menawarkan diskaun RM100 semasa jualan hari pertama, khas di Shopee. Bermakna, ia boleh dibeli pada harga RM799 untuk versi WiFi dan hanya RM849 bagi LTE.



Spesifikasi Realme Pad

Tablet mampu milik ini digerakkan kuasanya oleh cip Mediatek Helio G80, RAM sehingga 4GB dan storan sehingga 64GB. Ia menampilkan rekaan nipis dengan tebal hanya 6.9mm dan berat hanya 440g.

Skrin berukuran 10.4-inci terdapat di hadapan, jenis LCD dengan resolusi WUXGA+ (2000×1200). Bateri sebesar 7,100mAh dipasang di dalam, menyokong pengecasan pantas 18W menerusi USB-C.

Sistem bunyi hebat padanya dihasilkan menerusi empat speaker stereo, menyokong Hi-Res Audio dan Dolby Atmos. Ini menjadikannya peranti yang hebat untuk menonton video, di samping skrin besar dan resolusi tinggi.

Kamera belakangnya hanya satu dengan sensor 8MP, sama juga dengan kamera hadapan 8MP. Kamera hadapan terletak di sisi tengah, sesuai untuk panggilan video secara melintang.

Bacaan Berkaitan

Realme UI 3.0 berasaskan Android 12 diumum, ini senarai peranti yang akan terima
Realme perkenal 3 produk TechLife untuk pastikan rumah anda kekal bersih dan kemas
Realme Band 2 dilancar dengan harga promo RM139
Tags: RealmeRealme Pad
Najib

Najib

POPULAR

Realme GT Neo 2 dan Realme Pad akan datang ke Malaysia

Realme Pad tawar pilihan WiFi dan LTE dari serendah RM799

3 November 2021
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

22 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN