• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netflix pelan percuma diumumkan, bukan di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:16 am
  • 15/11/2021
  • Komen
Netflix pelan percuma diumumkan, bukan di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Penduduk Vietnam kini boleh menonton kandungan di Netflix secara percuma. Pengendali platform penstriman video itu telah mengumumkan pelan percuma yang boleh mula dilanggan 11 November 2021 lalu. Vietnam adalah negara pertama di Asia yang menikmati servis percuma itu dan ia adalah yang kedua di dunia selepas Kenya.

Dibawah akaun percuma, Netflix menghidangkan pelbagai kandungan ekslusif seperti:



  • Squid Game
  • Money Heist: Part 5 Vol. 1
  • Emily in Paris

Tidak seperti pelan percuma Spotify yang membanjirkan pengguna dengan iklan, Netflix percuma tidak pula disuntik iklan. Hadnya cumalah pengguna hanya boleh menonton kandungan eksklusif Netflix dan tiada fungsi muat turun kandungan untuk ditonton apabila berada di luar talian.

Satu lagi maklumat yang tiada adalah pada resolusi berapakah penstriman berlaku kerana pelan berbayar yang lebih rendah, pengguna menonton pada resolusi bermula 480p manakala yang lebih mahal, mereka barulah diberikan kandungan 4K UHD.



Di Malaysia, masih tiada pelan percuma buat masa ini. Langganan boleh dilakukan pada harga serendah RM17 hingga RM55. Hanya pelanggan pelan Premium sahaja menikmati ciri 4 penstriman serentak, 2 untuk Standard manakala 1 masing-masing untuk pelan Mobile dan Basic.

Sumber: Netflix

Bacaan Berkaitan

Netflix kini ada di Astro Ultrabox, langganan diberi percuma untuk pelanggan 2 pek ini

Netflix sedang banteras amalan kongsi kata laluan antara pengguna

Tags: Netflixvietnam
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Netflix pelan percuma diumumkan, bukan di Malaysia

Netflix pelan percuma diumumkan, bukan di Malaysia

15 November 2021
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

9 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN