• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netflix kini guna pakai codec AV1 di TV, apa maknanya kepada anda?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:03 am
  • 15/11/2021
  • Komen
Netflix kini guna pakai codec AV1 di TV, apa maknanya kepada anda?
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix dalam bulan Februari 2020 telah mengumumkan yang mereka telah mengguna pakai codec AV1 buat pelanggan yang berstrim di peranti Android. Kini, mereka mengumumkan yang codec sama turut digunakan pada beberapa TV terpilih.

Kenapa kena tukar codec?

Codec adalah algoritma yang digunakan untuk memampatkan data dan ia digunakan sebagai mekanisma perpindahan daripada pelayan Netflix kepada anda.



Analogi mudahnya adalah anda pesan sesuatu di gedung dalam talian dan penjual perlu mempakejkannya terlebih dahulu sebelum dihantar. Pempakejan yang optimum menjimatkan kos penghantaran kerana lebih banyak pakej boleh diisi dalam lori sewaktu penghantaran.

Begitulah juga dengan codec, sekiranya tidak optimum, penggunaan bandwidth Internet akan terkesan. Misalnya, penyedia perkhidmatan Internet (ISP) menyaman Netflix kerana menyebabkan peningkatan trafik Internet sebanyak 2400% kepada 1.2 Tbps yang sebahagian besarnya berpunca daripada penstriman Squid Game.



Manfaat codec AV1

Buat anda yang menonton Netflix di TV, pemampatan data dilakukan menggunakan codec HEVC. AV1 dilapor 30% lebih cekap penggunaan ruang berbanding HEVC pada kualiti imej yang sama. Kalau 1GB ruang diperlukan oleh HEVC, hanya 700MB sahaja yang diperlukan AV1 untuk lakukan tugasan yang sama.

Tambahan pula, codec AV1 bebas bayaran royalti manakal HEVC ada bayaran royalti untuk menggunakannya. Penggunaan codec sumber terbuka bermakna kos penstriman menjadi lebih murah. Ia sama ada diterjemah kepada yuran langganan lebih murah ataupun perolehan Netflix yang semakin tinggi.

Walau bagaimanapun, codec AV1 memerlukan kuasa pengkomputeran yang lebih tinggi untuk lakukan proses encode/decode. Maka, tidak semua set TV menyokongnya buat masa ini. Perkara itu bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan pengguna kerana asalkan boleh dipasang aplikasi Netflix, tonton sajalah.

Berikut adalah senarai ringkas perkakasan yang menyokong AV1:

  • Samsung 2020 UHD Smart TV terpilih
  • Samsung 2020 UHD QLED Smart TV terpilih
  • Samsung 2020 8K QLED Smart TV terpilih
  • Samsung The Frame 2020 Smart TV
  • Samsung The Serif 2020 Smart TV
  • Samsung The Terrace 2020 Smart TV
  • PS4 Pro
  • Amazon Fire TV dengan Fire OS 7
  • Android TV dengan Android TV 10 dan keatas terpilih

Bacaan Berkaitan

Netflix pelan percuma diumumkan, bukan di Malaysia – SoyaCincau.com

Netflix kini ada di Astro Ultrabox, langganan diberi percuma untuk pelanggan 2 pek ini – SoyaCincau.com

Netflix Games tiba dengan 5 tajuk permainan, percuma untuk semua pelanggan – SoyaCincau.com

Tags: Netflix
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Netflix kini guna pakai codec AV1 di TV, apa maknanya kepada anda?

Netflix kini guna pakai codec AV1 di TV, apa maknanya kepada anda?

15 November 2021

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER