• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netflix Games tiba dengan 5 tajuk permainan, percuma untuk semua pelanggan

  • OLEH Najib
  • 12:57 pm
  • 03/11/2021
  • Komen
Netflix Games tiba dengan 5 tajuk permainan, percuma untuk semua pelanggan
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix Games kini telah tiba di mana ia menyediakan permainan interaktif yang dihasilkan Netflix sendiri. Lebih baik lagi, tiada caj tambahan dikenakan. Jadi semua pelanggan Netflix boleh menikmati Netflix Games dengan bayaran yang tidak berubah.

Dalam pengumuman ini, Netflix melancarkan 5 tajuk permainan Netflix Games iaitu:



  1. Stranger Things: 1984
  2. Stranger Things 3: The Game
  3. Shooting Hoops
  4. Card Blast
  5. Teeter Up

Buat masa ini, semua permainan Netflix Games boleh dimuat turun di Android sahaja. Tetapi Netflix memaklumkan, ia akan tiba di iOS tidak lama lagi. Setiap permainan memerlukan daftar masuk ke akaun dan profil Netflix.

Netflix Games juga akan dipaparkan di dalam aplikasi penstriman Netflix di Android. Ia akan memiliki barisan sendiri, seperti jenis drama cadangan yang disenaraikan di dalam aplikasi.



Tambah Netflix, had kepada Netflix Games adalah sama seperti jenis langganan pengguna. Antaranya tiada iklan dan tiada pembelian dalam aplikasi. Had pengguna juga tertakluk kepada pelan, iaitu bermain serentak di 1 peranti atau sehingga 4 peranti.

Netflix Games tidak akan terdapat untuk profil Kids. Terdapat beberapa jenis Netflix Games akan boleh dimainkan tanpa sambungan internet, konsep serupa seperti memuat turun filem untuk tontonan tanpa internet.

Pastinya lebih banyak permainan di Netflix Games berdasarkan tajuk filem dan siri popular akan muncul kelak. Siapa nak main Squid Games?

[Sumber: Polygon, Netflix]

Bacaan Berkaitan

Pelanggan Netflix boleh akses permainan di platform itu kelak, tiada kenaikan harga dikenakan
Astro meterai perjanjian dengan Netflix, pelanggan akan boleh tonton Netflix di Ultra & Ulti Box
Netflix.Shop dibuka, menjual barangan eksklusif siri popular Netflix seperti Stranger Things & The Witch
Tags: NetflixNetflix Games
Najib

Najib

POPULAR

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih

Lebih 100 juta isi rumah dikesan kongsi akaun Netflix, bayaran akan dikenakan tak lama lagi

20 Januari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Netflix Games tiba dengan 5 tajuk permainan, percuma untuk semua pelanggan

Netflix Games tiba dengan 5 tajuk permainan, percuma untuk semua pelanggan

3 November 2021
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER