• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netflix.Shop dibuka, menjual barangan eksklusif siri popular Netflix seperti Stranger Things & The Witch

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:08 pm
  • 11/06/2021
  • Komen
Netflix.Shop dibuka, menjual barangan eksklusif siri popular Netflix seperti Stranger Things & The Witch
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix, perkhidmatan penstriman yang menawarkan pelbagai rancangan menarik kini sudah mula membuka kedai dalam taliannya iaitu Netflix Shop. Dapat dilihat, item utama yang diketengahkan dalam platform jualan itu ialah pakaian dan juga aksesori.

Menurut Naib Presiden produk pengguna Netflix, Josh Simon, Netflix Shop akan menjual produk pakaian dan gaya hidup berkualiti tinggi yang eksklusif secara terhad. Ia merupakan koleksi yang dipilih dengan teliti dan terikat dengan rancangan serta jenama Netflix.



Sebelum ini, Netflix sudah pun melesenkan pelbagai siri Netflix Original untuk dijual oleh pelbagai peruncit seperti Target, Walmart, Amazon, H&M dan Sephora. Kini, mereka akan turut menjualnya sendiri menerusi Netflix Shop.

Untuk bulan ini, Netflix Shop melancarkan produk pakaian berdasarkan siri anime Yasuke dan Eden, serta pakaian dan barang hiasan edisi terhad yang diilhamkan oleh siri thriller Perancis Lupin dengan kerjasama Musée du Louvre.



Pada masa akan datang, Netflix Shop akan ketengahkan koleksi eksklusif dari siri The Witcher dan Stranger Things.

Untuk pelancaran Netflix Shop, syarikat ini memperkenalkan koleksi yang berinspirasikan anime dari tiga pereka iaitu Nathalie Nguyen, Kristopher Kites dan Jordan Bentley. Apabila anda kunjungi laman web Netflix Shop, anda boleh klik pada bahagian atas kiri untuk lihat koleksi yang disusun mengikut pereka masing-masing.

Buat masa ini, Netflix masih belum ada perancangan untuk membuka kedai fizikal buat Netflix Shop. Namun, pendapat anda, mengapa Netflix mengambil inisiatif untuk membuka kedai dalam talian ini? Adakah ia kerana kedatangan saingannya Disney+ Hotstar?

[Sumber: Netflix, Variety]

Tags: Netflix
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Netflix.Shop dibuka, menjual barangan eksklusif siri popular Netflix seperti Stranger Things & The Witch

Netflix.Shop dibuka, menjual barangan eksklusif siri popular Netflix seperti Stranger Things & The Witch

11 June 2021
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER