• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A16K telefon pintar mampu milik terbaru di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 3:57 pm
  • 15/11/2021
  • Komen
Oppo A16K telefon pintar mampu milik terbaru di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia baru-baru ini melancarkan telefon pintar berharga di bawah RM600, Oppo A16K. Menurut Oppo, ia menampilkan rekaan bergaya, badan yang ringan, perkakas dinaiktaraf dan perisian yang dioptimasikan untuk penggunaan yang lancar dan efisyen.

Oppo A16K telah mula dijual di Malaysia pada harga RM549, dibekalkan RAM 3GB dan storan dalaman sebanyak 32GB. Terdapat dua warna disediakan, antara biru dan hitam.



Jika berminat, anda boleh mendapatkan Oppo A16K di Stor Online Oppo Malaysia, pengedar sah Oppo seluruh Malaysia, serta di platform e-dagang dalam talian seperti Lazada dan Shopee.

Spesifikasi

Sebenarnya, Oppo A16K ini tidak banyak berubah berbanding Oppo A16 yang dilancarkan pada Ogos lepas. Harganya sama, tetapi jika diteliti, ia ibarat turun taraf apabila bilangan kamera berkurangan dan kapasiti bateri diturunkan.



Oppo A16K dikuasakan cip Mediatek Helio G35, bersama RAM LPDDR4x 3GB dan storan eMMC 32GB. Ia sedia menerima kad mikroSD sehingga 1TB untuk meluaskan ruang storan.

Skrinnya seluas 6.52-inci jenis LCD, memiliki resolusi HD 720p dan bertakuk kecil di atas. Oppo menyatakan, skrin ini dilengkapi teknologi All-day Eye are. Ia merangkumi beberapa fungsi seperti Sunlight Display, Moonlight Display dan AI Smart Backlight untuk memberikan paparan yang selesa dilihat pengguna.

Tenaganya disalurkan daripada bateri berkapasiti 4,230mAh dan dicas melalui port mikroUSB. Speaker hanya mono dan jek audio 3.5mm masih terdapat padanya.

Kamera di telefon ini hanya ada dua. Kamera belakangnya 13MP F2.2 dan kamera hadapan pula 5MP F2.4. Tambah Oppo, beberapa fungsi canggih diterapkan pada kamera Oppo A16K seperti Backlight HDR untuk gambar yang jelas di persekitaran malap, perkakas AI Palette untuk mengubahsuai gambar, serta perisian SoLoop untuk mencipta video dengan mudah.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Oppo A16K.

Bacaan berkaitan

  • Oppo A16 dilancar dengan diskaun danhadiah percuma untuk pembeli terawal
  • Oppo Reno 6 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Oppo Reno6 & Reno6 Z: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: oppoOppo A16K
Najib

Najib

POPULAR

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Oppo A16K telefon pintar mampu milik terbaru di Malaysia

Oppo A16K telefon pintar mampu milik terbaru di Malaysia

15 November 2021
Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

19 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER