• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netflix lancar laman web senarai 10 filem & siri teratas seluruh dunia

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:40 pm
  • 17/11/2021
  • Komen
Netflix lancar laman web senarai 10 filem & siri teratas seluruh dunia
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix baru-baru ini lancarkan laman web baharu mereka yang menunjukkan kedudukan 10 filem dan siri teratas di negara berbeza dan di seluruh dunia pada setiap minggu. Kedudukan itu dibahagikan kepada 4 iaitu siri dengan bahasa Inggeris, siri bukan bahasa Inggeris, filem bahasa Inggeris dan filem bukan bahasa Inggeris.

Melaluinya anda boleh pilih sama ada mahu lihat senarai 10 teratas di dunia atau 10 teratas untuk negara tertentu. Senarai dalam laman web ini akan dikemaskini pada setiap hari Selasa. Data yang dipaparkan pula adalah dari hari Isnin hingga Ahad pada minggu sebelumnya.



Jika anda pilih untuk lihat senarai 10 teratas di dunia sama ada filem atau siri, carta akan menunjukkan tajuk, jumlah minggu ia berada dalam senarai dan jumlah jam setiap siri atau filem itu ditonton.

Seperti contoh di bawah, untuk senarai dunia bagi filem Inggeris 10 teratas, filem Red Notice berada ditangga pertama. Ia baru seminggu berada dalam senarai 10 teratas dan sudah ditonton selama lebih daripada 100 juta jam. Manakala bagi siri Inggeris 10 teratas, siri bertajuk Narcos: Mexico: Season 3 berada pada kedudukan pertama dan ia sudah berada 2 minggu dalam senarai dengan jumlah jam tontonan melebihi 50 juta jam.



Tetapi, apabila anda pilih untuk lihat 10 senarai teratas dari setiap Negara, ia hanya akan memaparkan tajuk dan jumlah minggu tajuk itu berada dalam carta. Seperti contoh di bawah, apabila saya pilih untuk lihat 10 filem teratas di Malaysia, ia menunjukkan filem Red Notice pada kedudukan pertama dan sudah berada selama satu minggu di dalam carta ini.

Senarai 10 teratas Netflix ini bukan sahaja memaparkan kandungan asal daripada syarikatnya, tetapi ia juga melibatkan filem dan rancangan yang berlesen. Netflix mendedahkan bahawa ia kini mempertimbangkan jumlah jam tontonan untuk menentukan kedudukan 10 teratas. Dengan adanya laman web ini, penonton Netflix akan lebih mudah memutuskan rancangan apa untuk ditonton, berdasarkan jumlah jam tontonan sesebuah filem dan tempoh ia berada di dalam carta.

[Sumber: 9TO5Mac, Netflix]

Tags: Netflix
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Netflix lancar laman web senarai 10 filem & siri teratas seluruh dunia

Netflix lancar laman web senarai 10 filem & siri teratas seluruh dunia

17 November 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER