Pengeluar cip daripada Taiwan, Mediatek mengumumkan cip flagship terbaharu mereka, Dimensity 9000 5G. Daripada spesifikasi, ia menjadi yang pertama dalam beberapa kategori. Ini adalah cip pertama yang menggunakan kaedah pemprosesan 4nm TSMC, yang pertama mengguna pakai teras Cortex-A2, dan yang pertama dilengkapi Bleutooth 5.3.
Pada teras pemprosesan, ia terdiri daripada 3 kluster yang masing-masing akan menggalas tugasan tertentu. Kluster paling berkuasa adalah yang mengandungi Cortex-X2 dengan clockspeed pada 3.02Ghz. Kluster pertengahan terdiri daripada 4 teras Cortex-A710 dan kluster jimat tenaga terdiri daripada teras A510 pada kelajuan pemproses 1.8Ghz.
Pemproses grafik cip ini dikendalikan Mali-G710 MC10. GPU ini satu generasi dihadapan Mali G78 yang menguasakan jabatan grafik pada cip Exynos 2100 siri Samsung Galaxy S21.
Lain-lain spesifikasi yang perlu anda tahu adalah seperti:
- Sokongan Wi-Fi 6E 2X2
- Sokongan LPDDR5X
- Pemproses isyarat imej yang mampu rakam video 4K HDR daripada 3 kamera sekaligus
Sokongan sensor kamera sehingga 320MP
Mediatek mengumumkan juga bahawah telefon diperkasa Dimensity 9000 akan menemui pengguna seawal penghujung Suku 1 2022.