Penyaman udara merupakan salah satu peralatan elektrik di rumah yang sering menjadi punca kenaikan bil elektrik. Bagaimana anda menyejukkan rumah di waktu cuaca panas menyerang Malaysia tanpa dikejutkan dengan bil yang tinggi?
Jawapannya adalah menggunakan penyaman udara pintar, yang boleh menganalisa suasana persekitaran dan menyesuaikan suhu agar tidak menjana elektrik berlebihan. Seperti penyaman udara Samsung WindFree™ Premium Plus.
Penyejukan AI pintar
Penyaman udara Samsung WindFree™ Premium Plus dilengkapi fungsi penyejukan AI pintar, yang boleh menganalisa suasana persekitaran di rumah, untuk memberikan penyejukan optimum. Ia akan mengubah mod penyejukan secara automatik bagi memastikan pengguna sentiasa aman dan nyaman, tanpa kejutan bil elektrik.
Ia akan mempelajari suhu di dalam dan di luar rumah, kemudian mengawal suhu mengikut ketetapan yang diingini pengguna mengikut waktu operasi. Dengan ini, ia akan memberikan penyejukan pantas pada awal ia dihidupkan, kemudian berubah mod secara automatik untuk penggunaan optimum.
Di samping itu, ia juga boleh dikawal dari jarak jauh kerana memiliki WiFi terbina di dalam, menggunakan telefon pintar di aplikasi SmartThings App. Anda juga boleh memantau suhu dan tahap kelembapan di rumah menerusinya.
Teknologi WindFree™
Bagi menjimatkan penggunaan elektrik, Samsung memperkenal teknologi WindFree™ Cooling di penyaman udara WindFree™ Premium Plus. Dalam mod ini, ia boleh menjimatkan elektrik sehingga 77%* berbanding mod Fast Cooling, sambil mengekalkan suhu yang diingini pengguna.
WindFree™ Cooling mengalirkan udara secara senyap menerusi 23,000 lubang udara mikro, memberikan rasa yang sangat nyaman di kulit. Ia juga boleh meliputi lebih banyak ruang berbanding biasa.
Udara yang lebih sihat
Samsung turut memasang penapis udara Tri-Care Filter bagi memastikan udara kekal bersih di dalam rumah. Penapis ini mempunyai tiga lapisan yang memerangkap bukan sahaja debu besar, tetapi juga menahan debu halus, virus, bakteria dan alergi.
Dapatkan sekarang
Penyaman udara Samsung WindFree™ Premium Plus boleh didapati dalam model 1.0 HP, 1.5 HP, 2.0 HP dan 2.5 HP, bermula daripada RM2,499. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya, layari pautan di sini.
*Diuji pada model AR07T9170HA3, berdasarkan penggunaan kuasa mod Fast Cooling berbanding dengan mod WindFree™ Cooling