• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

TIPS: Cara sembunyikan gambar di iPhone & iPad

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:34 pm
  • 24/11/2021
  • Komen
TIPS: Cara sembunyikan gambar di iPhone & iPad
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda bimbang gambar-gambar di galeri telefon dilihat oleh individu lain ketika mereka pinjam telefon anda, ada satu cara anda boleh gunakan untuk sembunyi gambar tertentu dari dilihat mereka. Tetapi, cara ini khas untuk pengguna iPhone dengan sistem operasi iOS 15 dan iPad dengan sistem operasi iPadOS 15 sahaja.

Jika peranti anda masih belum dikemaskini dan tidak menerima sebarang notifikasi, anda boleh kemaskini secara manual. iOS 15 boleh dipasang sehingga iPhone 6s, iPhone SE gen-1 dan iPod 7 gen-7. iPadOS 15 pula boleh dipasang sehingga iPad Pro gen-1, iPad Air gen-2 dan iPad gen-5.



Cara sembunyikan gambar di iPhone & iPad

Dengan menggunakan ciri Hide pada iPhone atau iPad, anda boleh sembunyikan foto dengan mudah. Berikut merupakan caranya:

  1. Buka Photos
  2. Pilih gambar yang anda ingin sembunyikan
  3. Sebagai alternatif, anda boleh tekan select pada bahagian atas dan pilih beberapa gambar yang anda mahu
  4. Tekan butang share di bawah kiri dan pilih Hide
  5. Tekan Hide Photo

Gambar yang anda pilih tadi tidak akan dipaparkan dalam Camera Roll lagi, tetapi anda boleh aksesnya dengan mudah dengan melalui fail Hidden. Buka sahaja Photos, kemudian scroll ke bawah dan anda akan jumpa fail bernama Hidden di bawah Utilities.



Jika anda bimbang orang lain terjumpa album Hidden anda, Apple juga membolehkan anda sembunyikan album Hidden itu. Untuk lakukannya, anda boleh ikut langkah di bawah:

  1. Buka tetapan
  2. Pilih Photos
  3. Scroll ke bawah dan matikan pilihan Hidden Album

Apabila anda sudah sembunyikan album Hidden, ia tidak akan terlihat lagi di bawah Utilities. Untuk kembalikan semula album Hidden, langkahnya sama seperti matikan fail ini tadi. Anda perlu ke tetapan semula, pilih Photos, scroll ke bawah dan hidupkan pilihan Hidden Album.

Namun, secara logiknya, jika individu yang akses telefon anda itu tahu mengenai ciri ini, sudah tentu mereka boleh cari dan temui gambar yang anda sembunyikan. Oleh itu, jika ada gambar yang betul-betul anda tidak mahu kongsikan dengan orang lain, lebih baik anda simpannya di luar iPhone atau iPad anda. Ciri ini hanya boleh memastikan gambar tertentu tersembunyi dari terlihat jelas di galeri.

[Sumber: Appleinsider]

Tags: iOS 15iOS 15.1
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: Cara sembunyikan gambar di iPhone & iPad

TIPS: Cara sembunyikan gambar di iPhone & iPad

24 November 2021
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN