Spotify dilihat sedang menguji satu ciri video pendek, seakan-akan TikTok. Ia boleh diakses melalui satu tab yang bernama Discover. Melaluinya pengguna boleh tonton video muzik secara menegak dan scroll kepada video lain jika mahu menukarnya.
Bagi mereka yang mempunyai akses kepada ciri ini, tab Discover akan muncul sebaris dengan pilihan tab yang lain, menjadikan halaman utama Spotify ada empat tab kesemuanya. Ia ada di antara tab home dan search. Ciri ini pertama kali dilihat oleh Chris Messina melalui TestFlight Spotify dan dia ada berkongsi tentang perkara ini melalui akaun Twitternya.
Not only that, @Spotify Discover is basically a pared down version of a TikTok-style feed of vertical music videos (likely using their canvas format) that you can like or skip.#NewSpotify pic.twitter.com/hpOEZ8v9bl
— Messina.eth (@chrismessina) November 24, 2021
Selepas tekan tab itu, pengguna kemudian boleh scroll ke atas dan ke bawah untuk melihat video melalui suapan, sama seperti di TikTok. Setiap video akan ada simbol hati di bahagian bawahnya untuk pengguna tekan jika suka dengan video itu. Untuk ketahui maklumat tentang video yang sedang ditonton, ada butang 3 titik boleh ditekan di sebelah butang hati.
Ujian ini baru sahaja bermula dan mungkin ia masih belum dikembangkan kepada ramai pengguna. Nampaknya, TikTok kini mempunyai banyak saingan yang mahu tampil dengan ciri yang sama. Contohnya, pada awal tahun ini, Instagram tampil dengan Reels. Melaluinya, pengguna boleh mencipta, berkongsi dan menemui video pendek yang disunting dengan audio dan muzik, sama seperti TikTok. Ia kemudian diikuti pula oleh Youtube dengan menampilkan Shorts.
Semua platform ini tampilkan video menegak, boleh disunting dengan muzik dan sertakan effects yang boleh jadikannya menarik. Adakah dengan wujudnya tab Discover di Spotify secara meluas nanti, populariti TikTok akan tergugat? TikTok telah lama membanggakan pengaruhnya dalam dunia muzik, malah dia ada mengumumkan bahawa 75% pengguna TikTok telah menemui artis muzik baharu melalui platform itu.
[Sumber: MalayMail, TechCrunch]