• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Lazada

Nikmati potongan harga sehingga 50%, penghantaran percuma & pelbagai tawaran lain sempena 12.12 Lazada

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:16 pm
  • 07/12/2021
  • Komen
Nikmati potongan harga sehingga 50%, penghantaran percuma & pelbagai tawaran lain sempena 12.12 Lazada
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 jualan mega 12.12, Lazada menyediakan ribuan baucar penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum setiap hari, sambil membawakan pelbagai tawaran dan ganjaran yang hebat kepada pelanggan.

Baucar penghantaran percuma

Dari sekarang sehingga 14 Disember, sebanyak 50 ribu baucar penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum, akan diberikan setiap hari di laman penghantaran percuma Lazada. Anda boleh kumpulnya dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari untuk menerima potongan RM5 kos penghantaran, apabila beli barangan terpilih dengan ikon penghantaran percuma.



Kumpul Lazada Bonus & dapat diskaun tambahan

Selain itu, anda juga boleh kumpul Lazada Bonus bernilai sehingga RM320 bermula dari 5 Disember. Sepanjang Jualan 12.12 Lazada dari 12 hingga 14 Disember, Lazada Bonus yang dikumpul boleh digunakan untuk menebus diskaun tambahan RM10 bagi setiap RM100 yang dibelanjakan bagi produk dengan lencana Lazada Bonus. Lazada Bonus ini boleh ditambah kepada diskaun dan baucar yang sedia ada. Melaluinya, anda boleh perolehi diskaun tambahan 10%.

Untuk kumpul Lazada Bonus, anda hanya perlu buka aplikasi Lazada setiap hari, bermain permainan Lazzie Star, sempurnakan misi LazCoins, kongsikan Lazada Bonus di media sosial dan layari laman Jualan 12.12 Lazada dari masa ke masa untuk melihat produk yang ditawarkan.



Potongan sehingga 50% di LazMall

Rakan jenama rasmi LazMall akan menawarkan potongan sehingga 50% bagi produk-produk mereka. Berikut merupakan antara tawaran hebat LazMall Brand Mega Offers beserta harga selepas diskaun:

  • Samsung Galaxy M32 – RM829
  • Vivo Y31 – RM799
  • Kerusi urut OGAWA Smart Vogue Prime – RM4,499
  • Mesin kopi merah Nespresso Inissia – RM419.30
  • Drypers Drypantz (168 keping) – RM109.90
  • Tablet kunyah Redoxon Double Action – RM19
  • Maskara Maybelline Falsies Lash Lift – RM40.41 dan percuma 1 gincu bibir
  • M.A.C Setting Spray – RM110 (dengan 2 hadiah percuma
  • Kemeja Polo Ralph Lauren Custom Slim Fit Mesh Polo – RM379
  • Rantai leher emas Wanderlust + Co Crescent Key – RM179.10
  • Beg wanita David Jones Paris – RM48.40
  • Selipar wanita Havaianas – RM59.50

Pratempahan melalui Chup Dulu

Di samping itu, pelanggan boleh membuat pratempahan set hadiah bermusim eksklusif daripada jenama LazMall terkenal seperti Estée Lauder, M.A.C., Lancôme, Amazin’ Graze, LEGO, illycaffè, dan banyak lagi melalui ciri Chup Dulu. Jika berminat, anda hanya perlu bayar deposit 10% dari sekarang sehingga 11 Disember. Kemudian, pada 12 Disember bermula jam 2 pagi, pembeli boleh selesaikan bayaran bagi tawaran Chup Dulu.

Bayar semasa terima guna kod QR dengan Lazada Wallet

Selain itu, pada Jualan 12.12 ini, Lazada Wallet menyediakan kemudahan pembayaran on delivery tanpa tunai di seluruh negara. Pengguna boleh memilih alternatif digital ini dengan menetapkan cash on delivery (bayar semasa terima) di halaman pembayaran.

Apabila barangan tiba, minta kod QR untuk membayar menerusi Lazada Wallet menggunakan fungsi imbas dalam aplikasi Lazada. Pengguna baru Lazada Wallet juga akan menerima rebat RM4 apabila menggunakan pembayaran Lazada Wallet on delivery pada Jualan 12.12.

Imbas kod QR Lazzie Hunt & dapatkan baucar diskaun

Lazzie iaitu maskot Lazada, akan menjelajah dunia fizikal sempena 12.12 Grand Year-End Sale dengan membawakan baucar istimewa. Di seluruh negara, anda boleh mencari dan mengimbas kod QR Lazzie Hunt yang terpampang pada semua kenderaan penghantaran logistik Lazada untuk mengumpulkan pelekat Lazzie.

Pelekat itu boleh ditukarkan dengan baucar diskaun di seluruh platform dengan potongan sehingga RM50. Anda juga berpeluang memenangi kereta Nissan Almera Turbo serba baharu.

Kod QR Lazzie Hunt juga akan ada di kedai-kedai fizikal rakan-rakan jenama, termasuk Domino’s Pizza, CIMB Bank, US Pizza, Maxis, dan OYO. Untuk mula mengumpul semua pelekat Lazzie, anda Lazada boleh kunjungi laman web ini.

Sambil menantikan jualan 12.12, anda boleh tonton satu siri siaran langsung menerusi saluran penstriman langsung LazLive dalam aplikasi Lazada. Ia akan dikendalikan oleh Ketua Pegawai Diskaun Lazada, Ain Edruce pada jam 9 malam, dari 9 hingga 11 Disember. Ganjaran berupa baucar eksklusif berjumlah RM30,000 akan diberikan kepada penonton sewaktu rancangan.

Anda boleh tekan di sini untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Jualan 12.12 Lazada. Untuk maklumat mengenai penghantaran percuma, anda boleh bacanya di sini.

Tags: 12.12Lazada
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Nikmati potongan harga sehingga 50%, penghantaran percuma & pelbagai tawaran lain sempena 12.12 Lazada

Nikmati potongan harga sehingga 50%, penghantaran percuma & pelbagai tawaran lain sempena 12.12 Lazada

7 December 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER