Twitter merupakan antara aplikasi untuk masyarakat berkumpul dan bertukar pendapat. Pasti ramai yang meluangkan masa di sana untuk mengikuti isu yang sedang trending.
Pada bulan ini, Twitter telah membentangkan beberapa kategori, dengan senarai popular di bawahnya yang mendapat sambutan antara 1 Januari sehingga 15 November 2021.
Berikut merupakan antara kategorinya:
- Tweet yang menghubungkan rakyat Malaysia di Twitter
- Akaun paling popular
- Emoji paling popular
- Hashtag paling popular
Jika anda selalu mengakses aplikasi itu, pasti ada pernah temui salah satu dari senarai popular ini.
1. Tweet yang menghubungkan rakyat Malaysia di Twitter
Kategori ini diukur berdasarkan gabungan metrik Retweet, Quote dan Likes daripada pengguna di Malaysia. Salah satu Tweet yang paling tinggi mendapat engagement pada tahun 2021 datang daripada pelakon dan pemuzik, Naim Daniel. Menerusi tweetnya, dia mengingatkan pembaca untuk meluangkan masa bersama orang tersayang sementara masih mampu berbuat demikian.
Kalian;
— Naim Daniel (@naimdanielx) August 9, 2021
Buatlah banyak kenangan.
Tangkap gambar orang yang kalian sayang, berbual dengan mereka tak kisahlah sekejap ataupun benda remeh sekalipun.
Bagitahu mereka yang kalian sayangkan mereka.
Nyawa pada waktu sekarang mudah direntap tanpa amaran.
Buatlah banyak kenangan.
Seterusnya tweet dari Shykynnn juga mendapat perhatian ramai pengguna. Dia mengajak pengikutnya untuk membantu dan menyokong perniagaan seorang lelaki kurang upaya di Shopee. Tweet ini dikongsikan pada 17 April 2021 dan sudah mencapai 44.3 ribu Retweet setakat ini.
Tengok live shopee tadi. Ternampak live uncle ni. Views 7 org je. So masuk je la sbb nak tengok dia jual apa. Masuk2,
— Shykinnn🏴 (@shykinn) April 17, 2021
live dah nak end. Stalk uncle ni rupanya jual pewangi kereta n rumah. Uncle ni oku😭 Fasih sangat bm dia. Support la gais🥺 Mesti dia seronok kalau ramai beli😭 pic.twitter.com/9v5cliwxNE
Selain itu, Tweet daripada Khairul Amin yang berkongsi 4 resepi hidangan air untuk berbuka puasa, turut menarik perhatian pengguna di Twitter. Jika anda tonton video berdurasi 2 minit 20 saat yang dikongsikan itu ketika sedang berpuasa, sudah pasti anda akan terliur dan tidak sabar untuk mencubanya.
Puasa Day 1 : Air Cha Bang Ang, Mangga Susu, Kelapa Gula Melaka & Sirap Bandung Float pic.twitter.com/5jDloYo8xE
— Khairulaming (@khairulaming) April 13, 2021
2. Akaun paling popular
Nampaknya dalam senarai akaun paling popular tahun ini, 3 antara yang popular merupakan penulis berkaitan kandungan kesihatan. Mereka merupakan Dr Nimelesh, Dr Khairul Hafidz dan KKM Malaysia. Kebanyakan perkongsian yang mereka berikan adalah berkaitan dengan COVID-19. Contohnya mengenai pengambilan vaksin, varian COVID-19 dan ujian saringan.
Dalam masa yang sama, untuk ketahui ketepatan mengenai maklumat kesihatan yang disiarkan di Internet, sudah pasti ramai yang merujuknya di akaun rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Di bawah ini merupakan senarai 10 akaun paling popular Twitter di Malaysia 2021.
3. Emoji paling popular
Untuk menambah emosi pada sesebuah tweet, antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan menambah emoji. Dari situ, pembaca boleh mengetahui sama ada penulis sedang marah, sedih atau pun serius.
Dalam senarai 10 emoji paling popular di Twitter tahun ini, dapat dilihat ada dua daripadanya boleh dikaitkan dengan COVID-19. Pertama ialah emoji dengan pelitup muka di tangga ke 9. Ianya boleh dikatkan dengan kewajipan memakai pelitup muka ketika berada di kawasan awam bagi mencegah risiko dari dijangkiti COVID-19. Diikuti pula emoji jarum suntik ditangga ke sepuluh. Bagi saya sendiri, saya menggunakan emoji ini apabila bercerita tentang pengalaman melengkapkan vaksin COVID-19.
Emoji menangis dengan banyak air mata berada di tempat pertama. Jika tweet atau membalas sesuatu kandungan yang terlampau sedih, emoji ini sangat sesuai untuk diletakkan bersama.
4. Hashtag paling popular
Hashtag (tanda pagar) yang paling banyak ditweet pada 2021 mempamerkan kepelbagaian kandunagn Tweet yang dikongsikan pengguna. Ada yang berbual tentang mata wang kripto, rancangan Korea, permainan komputer, hiburan dan sukan.
Tidak mengejutkan apabila #covid19 ada di dalam senarai ini. Oleh kerana angka kes COVID-19 pernah mencecah sehingga 10 ribu satu ketika dahulu, sudah tentu ia menakutkan seluruh masyarakat. Bahkan, penduduk Malaysia juga perlu menghadapi PKP 3.0 akibat daripada penularan virus ini.
Selain itu, permainan aksi percuma Genshin Impact turut tersenarai dalam kategori ini. Peminat permainan aksi, pertarungan dan anime pastinya tidak ketinggalan untuk mencuba permainan ini. Lebih menyeronokkan apabila permainan ini boleh diterokai bersama 3 lagi rakan lain melalui mod multi-pemain.
Di samping itu, ada dua hashtag berkaitan K-POP menduduki kategori popular ini. Ia merupakan ATEEZ dab BTS. ATEEZ merupakan kumpulan penyanyi lelaki Korea yang sedang meningkat naik. Manakala BTS merupakan kumpulan penyanyi yang sudah sekian lama popular dan memenangi hampir ke semua anugerah yang dicalonkan.
Dapat dirumuskan bahawa, masyarakat menggunakan Twitter untuk mencari dan berkongsi mengenai pelbagai perkara. Apabila platform ini digunakan untuk tujuan yang baik, sudah tentu ramai yang akan mendapat manfaat darinya.