• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Motorola Edge 20 Pro, telefon dengan Snapdragon 870 dibuka tempahannya di dalam pasaran Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:07 am
  • 14/12/2021
  • Komen
Motorola Edge 20 Pro, telefon dengan Snapdragon 870 dibuka tempahannya di dalam pasaran Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Buat peminat jenama Motorola di Malaysia, ada pilihan baharu untuk telefon berkelas flagship untuk anda dapatkan. Rentetan daripada laporan kami dulu, Motorola Edge 20 Pro telah dibuka tempahannya sehingga 25 Disember 2021 ini pada harga RM2,099 sahaja. Selepas itu, ia dijual pada harga RM2,499.

Sekiranya anda berminat untuk memilikinya, anda boleh lakukan tempahan di Lazada. Tempahan anda akan dihantar seawal 31 Disember 2021.



Spesifikasi Motorola Edge 20 Pro

Motorola Edge 20 Pro adalah sebuah telefon dengan Snapdragon 870 5G. SoC itu digandingkan bersama RAM LPDDR5 sebesar 12GB dan storan UFS 3.1 seluas 256GB. Di bahagian muka, telefon ini ada paparan 6.7” pada resolusi FHD+ dan panelnya menggunakan teknologi OLED beserta kadar segar semula 144Hz.

Apabila ingin mengambil gambar, pengguna boleh memanfaatkan salah satu daripada 3 kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 108MP, kamera ultralebar 16MP, dan kamera telefoto 8MP berkemampuan zum optikal 5X ataupun zum digital 50x.



Swafoto pula diambil menerusi kamera depan 32MP yang tersemat dalam lubang di bahagian paparan.

Memberi tenaga pada Motorola Edge 20 Pro adalah bateri 4,500mAh yang boleh diisi pantas menggunakan pengecas TurboCharging pada kadar 30W melalaui port USB-C. Salah satu ciri pengenalan biometrik telefon ini adalah pengimbas cap jari di butang kuasa dan ia juga ada butang khas untuk Google Assistant di sisi kiri telefon.

Tags: androidMotorolaMotorola Edge 20 Protelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Motorola Edge 20 Pro, telefon dengan Snapdragon 870 dibuka tempahannya di dalam pasaran Malaysia

Motorola Edge 20 Pro, telefon dengan Snapdragon 870 dibuka tempahannya di dalam pasaran Malaysia

14 December 2021
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN