Virtualflex, anak syarikat milik penuh Johor Corporation (JCorp) ada mengendalikan platform pembayaran dan kesetiaan KA$H untuk pengguna di Malaysia. Melaluinya pelanggan boleh membuat bayaran secara digital (e-dompet) dan menikmati ganjaran pulangan tunai dikenali sebagai KA$HBack.
Baru-baru ini, Virtualflex bekerjasama dengan Fass Payment Solutions (Fasspay), Soft Space, dan Visa untuk melancarkan KA$Hplus. Ia merupakan naik taraf kepada aplikasi KA$H. Lebih banyak ciri dan manfaat diperkenalkan menerusi aplikasi pembayaran itu.
Kelebihan KA$Hplus
KA$Hplus menyediakan had e-dompet sehingga RM10,000. Ia juga boleh menerbitkan kad prabayar Visa maya dan fizikal untuk pengguna lakukan pembelian dan pembayaran. Contohnya seperti pembelian dalam talian, pembelian dalam kedai, pembayaran bil dan kemudahan tambah nilai.
Selain itu, pengguna juga boleh menikmati program kesetiaan yang ditawarkan oleh Virtualflex untuk mendapat manfaat seperti pulangan tunai. Apabila anda menggunakannya untuk lakukan tempahan khidmat e-hailing, pembelian tiket bas, kereta api atau feri, perkhidmatan kewangan dan juga program pembayaran gaji, ada banyak manfaat lain akan diberikan kepada anda dan peniaga, seperti ganjaran automatik.
Tawaran KA$Hplus
Di samping itu, para pelanggan yang mendaftar KA$Hplus turut layak menikmati manfaat tambahan. Kempen promosi juga akan diadakan bagi para pemegang kad, antaranya cabutan bertuah, program subsidi serta bonus pengaktifan dan rujukan (referral).
Bagi program rujukan, anda layak terima RM3 apabila kenalan anda berjaya mendaftar dengan KA$Hplus melalui rujukan pendaftaran. Kemudian, ada ganjaran early bird RM5 disediakan kepada 10 ribu pemegang kad KA$Hplus yang bertuah.
Selain itu,bermula dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2022, pengguna berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM50 ribu, apabila berbelanja sebanyak mungkin menggunakan KA$Hplus.
Untuk menggunakan aplikasi ini, anda boleh ikut langkah di bawah:
- Muat turun aplikasi KA$Hplus
- AKtifkan akaun
- Lakukan tambah nilai
- Kad Visa akan dihantarkan kepada anda.
Ada banyak e-dompet tersedia dan terkenal di Malaysia. Namun, KA$Hplus dilihat mempunyai banyak kegunaan dan ada had yang sangat tinggi. Ianya juga didatangkan dengan kad prabayar Visa fizikal, maka pengguna masih boleh lakukan transaksi jika tiada telefon di sisi. Sekiranya anda berminat untuk menggunakan aplikasi ini, anda boleh muat turunnya di sini.