“Merry Christmast” adalah mesej pertama yang dihantar menggunakan ciri Short Message Services (SMS) pada 3 Disember 1992 melalui rangkaian Vodafone. Ia dihantar oleh seorang pengaturcara bernama Neil Papworth kepada rakannya Richard Jarvis, semasa sedang menghadiri parti Krismas.
Juntaian mesej digital itu kini telah dimiliki oleh seorang yang tidak dikenali kerana ia telah dilelong sebagai (non-fungible token) NFT pada nilaian EUR107 ribu.
Sesi lelongan yang berlangsung di Paris, Perancis itu menyaksikan yang pembida akan menerima replika SMS itu sebagai token fizikal untuk ditayangkan dan dalam masa yang sama, namanya tersemat dalam blockchain sebagai pemunya mesej SMS tersebut.
Benda-benda pertama yang dilelong secara NFT ini bukanlah baru, Tweet pertama telahpun dilelong pada kadar ETH 1.6 ribu ataupun dalam nilai wang fiat adalah RM17 ribu setakat artikel ini ditulis.
NFT adalah satu kaedah baru yang digunakan untuk menentusahkan pemilik kepada sesuatu objek, sama ada objek fizikal ataupun maya. Rekod pemilikan akan disimpan dalam lejar digital dalam satu sistem rantaian blok dan lejar ini dikongsi oleh ribuan komputer diseluruh dunia yang sama-sama mengekalkan integriti lejar daripada dipalsukan.
Namun, ada golongan yang melihat NFT sebagai hype semata kerana ia tak menghalang orang lain daripada mengeksloitasi objek yang dimiliki orang lain kerana tiada undang-undang melindungan pemilik NFT daripada aktiviti-aktiviti itu.
Tambahan pula, mengekalkan integriti blockchain memerlukan kuasa pengkomputeran yang tinggi dan ia menyumbang kepada pembaziran tenaga dan seterusnya kemusnahan alam sekitar.
Sumber: DW
Bacaan berkaitan
Tweet pertama Twitter dijual pada harga lebih ETH 1.6 ribu – SoyaCincau.com