• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiktok lebih popular daripada Google dan Facebook sepanjang tahun 2021

  • OLEH Najib
  • 5:38 pm
  • 22/12/2021
  • Komen
Tiktok kongsikan aktiviti pengguna sepanjang 2020 dengan ciri Year On TikTok
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun 2021 adalah tahun di mana TikTok paling mendapat perhatian pengguna di seluruh dunia apabila ia menjadi portal paling banyak diakses sepanjang tahun 2021, mengatasi Facebook dan enjin carian Google. Perkara ini dinyatakan oleh CloudFlare di dalam laporan trafik internet 2021 mereka.

Data Cloudflare ini diperoleh menerusi platform Cloudflare Radar yang dilancarkan pada September 2020. Kerana itu, data untuk tahun 2020 hanya terdapat dari September hingga Disember 2020. Manakala tahun 2021, datanya lengkap sepanjang tahun.



Cloudflare membahagikan data mereka kepada beberapa kategori seperti media sosial, penstriman video, dan permesejan. Tetapi perkara paling menarik adalah pada kategori keseluruhan di mana platform media sosial generasi baru, TikTok berjaya mengalahkan Google sebagai protal paling banyak dikunjungi tahun 2021.

Menurut Cloudflare, Tiktok memulakan tahun 2020 di kedudukan ke-7 dengan Google di tempat pertama dna Facebook di tempat kedua, diikuti oleh Microsoft dan Apple. Bagi Google, ia termasuk perkhidmatan lain di bawahnya seperti Maps, Gmail, Drive dan lain-lain, tetapi tidak termasuk YouTube.



Bagaimanapun di tahun 2021, TikTok mula mengatasi Google selama satu hari pada 17 Februari 2021. ia diikuti beberapa hari di bulan Mac dan Mei. Tetapi bermula 10 Ogos 2021, TikTok mula menduduki tempat pertama di kebanyakan hari. Selepas TikTok naik ke tempat pertama tahun ini, kedudukan lain tidak berubah iaitu Google di tempat kedua, diikuti Facebook, Microsoft dan Apple.

Carta kedudukan TikTok sepanjang 2021

Satu lagi dapatan menarik Cloudflare adalah YouTube pernah menduduki tangga pertama trafik internet paling banyak dikunjungi iaitu pada 2 Februari 2021. Kebiasannya, YouTube hanya di tangga ke-6 atau ke-7 tetapi hanya pada 2 Februari, kedudukan YouTube melonjak ke tangga pertama kerana video pelatih kecergasan di Myanmar yang dimuat naik pada 1 Februari 2021 dan mula tular. Pelatih ini sebenarnya hanya membuat video kecergasan tetapi ia telah merakam bersama proses tentera junta Myanmar sedang bersiap untuk menahan Aung San Suu Kyi dan pemimpin parti Liga Kebangsaan Demokrasi dan mejatuhkan kerajaan yang dilantik semasa pilihanraya.

Kategori media sosial turut membawa bacaan yang sama apabila TikTok yang menduduki tempat kedua pada tahun 2020, mengatasi Facebook pada tahun 2021. Malah, gangguan perkhidmatan Facebook yang terjadi pada bulan Oktober, mengakibatkan trafik mereka menjunam ke tempat ke-4 selama 7-hari. Ia tidak pernah terjadi kepada Facebook sejak September 2020.

Persaingan kedudukan antara Netflix dan YouTube

Kategori penstriman video meletakkan Netflix di tempat pertama dan YouTube di tempat kedua. Walaupun YouTube adalah platform pencarian nombor dua selepas Google dan platform percuma, ia tidak dapat menewaskan Netflix sebagai tempat tontonan panjang. Terutama sekali pada hari cuti dan hujung minggu.

Di kategori permesejan, Cloudflare hanya meletakkan empat portal iaitu WhatsApp, WeChat, Signal dan Telegram. Facebook Messenger dan Instagram Chat diletakkan di bawah media sosial, manakala iMessenger termasuk di dalam portal Apple.

Cloudflare menyatakan, tidak dapat dinafikan populariti WhatsApp di tempat pertama kerana ia jauh meninggalkan yang lain. Ia diikuti oleh WeChat, kemudian Signal dan akhir sekali Telegram. Jika FB Messenger atau iMessage dimasukkan dalam kategori ini, ia mungkin lebih tinggi daripada WeChat tetapi masih tidak dapat menyaingi WhatsApp.

[Sumber: Cloudflare]

Tags: CloudFlareFacebookGoogleTikTokwhatsappYouTube
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Tiktok kongsikan aktiviti pengguna sepanjang 2020 dengan ciri Year On TikTok

Tiktok lebih popular daripada Google dan Facebook sepanjang tahun 2021

22 December 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER