Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memperjelas isu tentang permohonan mereka untuk pihak Twitter menurunkan 2 ciapan daripada platform mereka. Ia dilakuakan bagi menjaga kepentingan negara kerana mereka merasakan yang terdapat individu menyerang individu lain dengan niat untuk merosakkan reputasi.
SKMM memetik Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dalam permohonan mereka dan menggesa Twitter menurutnya kerana ia termaktub dalam Seksyen 223 akta yang sama.
Isu ini timbul apabila pemilik akaun Twitter yang mengutuskan ciapan berkenaan berkongsikan pemakluman daripada pihak Twitter bahawa terdapat permintaan tersebut daripada SKMM.
Cicipan apa yang MCMC minta diturunkan?
SKMM merujuk kepada dua cicipan berikut, kedua-duanya daripada akaun Twitter yang sama.
Berdasarkan kandungan cicipan itu, dilihat yang ia melibatkan ahli politik iaitu Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat serta seorang lagi Noh bin Omar Menteri Pembagunan Usahan dan Koperasi Malaysia. Pemilik Twitter menggambarkan pemegang-pemegang amanah tidak peka dengan keadaan sekeliling.
Adakah anda bersetuju dengan cara pemilik akaun Twitter mengekspresikan ketakpuasan hatinya?
Sumber: TheStar