• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus bantu periksa dan kos upah percuma untuk produk yang rosak akibat banjir

  • OLEH Najib
  • 2:33 pm
  • 27/12/2021
  • Komen
Asus bantu periksa dan kos upah percuma untuk produk yang rosak akibat banjir
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna produk Asus dan Republic of Gamers (ROG) terpilih, boleh mendapatkan khidmat pemeriksaan percuma jika ia rosak akibat banjir. Selain itu, Asus juga tidak akan mengenakan kos upah jika ia perlu dibaiki atau diganti.

Asus Malaysia menyatakan kesedihan mereka terhadap masalah banjir yang telah melanda negara. Kerana itu, mereka menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dalam bentuk khdimat pemeriksaan dan kos upah percuma.



Produk Asus yang terlibat dalam program ini adalah laptop, desktop PC, PC semua-dalam-satu (all-in-one) dan telefon. Ia tidak melibatkan produk lain seperti kad grafik, papan induk serta Router WiFi. Program ini berjalan dari sekarang sehingga 31 Januari 2022.

Antara terma dan syarat program ini adalah, ia diberikan kepada mangsa yang menetap di Lembah Klang, Pahang, Kelantan dan Terengganu sahaja. Bukti menetap berupa bil utiliti perlu dibawa untuk pengesahan. Khidmat ini juga diberikan untuk produk di dalam jaminan waranti sahaja, tidak meliputi produk yang tiada lagi jaminan.



Kepada pengguna yang terlibat, boleh mendapatkan khidmat percuma ini dengan mengunjungi pusat khidmat Asus berhampiran, atau hubungi Asus Careline di talian 1 300 88 3495, atau menerusi Telegram di @ASUSMYbot

Jika laptop atau komputer anda sudah tiada jaminan waranti, anda boleh mendapatkan tawaran baikpulih daripada Acer Malaysia. Mereka mengenakan caj untuk baikpulih produk bukan Acer, tetapi menawarkan diskaun 20% untuk membeli laptop atau desktop baru daripada Acer e-store. Tawaran ini terbuka sehingga 31 Mac 2022.

[Sumber: Asus ROG]

Bacaan Berkaitan

Tags: asusASUS ROGbanjir
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Asus bantu periksa dan kos upah percuma untuk produk yang rosak akibat banjir

Asus bantu periksa dan kos upah percuma untuk produk yang rosak akibat banjir

27 December 2021
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER