• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penggalak vaksin COVID-19: Boleh datang terus di beberapa tempat di Lembah Klang

  • OLEH Najib
  • 12:28 am
  • 31/12/2021
  • Komen
Pendaftaran vaksin Covid-19 akan dibuka, suntikan dilaksana dalam 3 fasa
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sela masa pemberian penggalak vaksin COVID-19 telah dikurangkan daripada 6 bulan kepada 3 bulan untuk hampir semua jenis vaksin. Sela masa 3-bulan kini diberikan kepada orang dewasa (berusia 18 tahun dan ke atas) yang telah lengkap vaksin mereka daripada jenis Pfizer, AstraZeneca, Sinovac, Moderna, Sinopharm dan CanSino Bio.

Orang ramai tidak perlu mendaftar untuk mendapatkan dos penggalak ini kerana temujanji akan diberikan secara automatik menerusi aplikasi MySejahtera. Dengan pengumuman terbaru ini, kebanyakan orang dewasa yang telah lengkap vaksin sebelum September 2021, telah sampai masanya untuk menerima dos penggalak ini. Pemberian temujanji di MySejahtera akan diberi keutamaan kepada warga emas serta individu berpenyakit dengan komorbiditi.



Datang terus pusat vaksin COVID-19 di Lembah Klang

Jika anda tidak mahu menunggu tarikh temujanji diberikan secara automatik, anda boleh datang terus ke tempat berikut untuk mendapatkan penggalak vaksin COVID-19:

  • Paradigm Mall (Level 2 Lot 2F-20), Petaling Jaya
  • KL Gateway Mall (The Ring, opposite Mr DIY, Level 2), Kuala Lumpur
  • Subang Parade, 1st Floor (Lot F9 & F10) Subang
  • iHeal Medical Centre, Menara IGB, Mid Valley, Kuala Lumpur
  • Kelab Sukan & Rekreasi Port Klang
  • IOI City Tower 1, Putrajaya
  • The MINES 2
  • Primer Cherang Clinic, Kota Damansara

Ambil perhatian bahawa setiap pusat pemvaksinan ada waktu operasi tersendiri. Masa menunggu juga berbeza kerana individu dengan temujanji diberi keutamaan. Mereka yang belum lengkap vaksin juga dibenarkan datang terus untuk mendapatan suntikan vaksin COVID-19.



Subang Parade, The Mines, Emporis KD. pic.twitter.com/skRsuxTIKs

— Aysha Ridzuan (@ayshardzn) December 30, 2021

Jika anda lebih gemar mendapatkan vaksin di klinik swasta, anda boleh melihat senarai klinik yang menyertai program ini di bawah ProtecHealth. Anda dinasihatkan untuk menghubungi klinik berdekatan untuk mendapatkan temujanji dan memastikan nama anda termasuk di dalam senarai menunggu.

Persiapan sebelum dan selepas

Sebelum pergi ke pusat pemvaksinan COVID-19, pastikan anda telah makan dan berehat secukupnya. Jika anda berasa tidak sihat, adalah lebih baik anda menukar tarikh temujanji vaksin. Pada hari menerima vaksin, kad pengenalan perlu dibawa bersama kad pemvaksinan serta aplikasi MySejahtera. Seperti biasa, patuhi SOP yang ditetapkan iaitu memakai pelitup muka dan menjaga jarak di tempat awam. Jika MySejahtera anda menunjukkan status berisiko tinggi, anda tidak dibenarkan masuk.

Vaksin penggalak yang disyorkan

Buat masa ini, vaksin penggalak yang diberikan adalah jenis Pfizer untuk semua penerima vaksin Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac sebelum ini. Untuk individu yang menerima vaksin AstraZeneca, mereka dibenarkan untuk mengambil vaksin penggalak jenis AstraZeneca sebagai pilihan lain. Tetapi tidak semua tempat menyediakan vaksin penggalak selain Pfizer dan anda dinasihatkan untuk menghubungi pusat pemvaksinan untuk mengetahui lebih lanjut. Buat masa ini, penggalak vaksin Sinovac diberi keutamaan kepada individu yang tidak boleh mengambil vaksin Pfizer akibat alahan atau risiko kesihatan.

[Sumber: @ayshardzn]

Tags: COVID-19mysejahteraVaksin Covid-19
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Pendaftaran vaksin Covid-19 akan dibuka, suntikan dilaksana dalam 3 fasa

Penggalak vaksin COVID-19: Boleh datang terus di beberapa tempat di Lembah Klang

31 December 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER