• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Amerika Syarikat minta pelaksanaan 5G ditangguhkan atas keselamatan penerbangan

  • OLEH Najib
  • 12:26 pm
  • 03/01/2022
  • Komen
Amerika Syarikat minta pelaksanaan 5G ditangguhkan atas keselamatan penerbangan

cof

Share on FacebookShare on Twitter

Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat, Pete Buttigieg serta Ketua Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat, telah meminta supaya syarikat telekomunikasi menangguhkan perancangan mereka untuk memperkenal rangkaian 5G. Permohonan ini dibuat kepada syarikat AT&T dan Verizon Communications, kerana mempertimbangkan keselamatan penerbangan.

Reuters melaporkan, surat permohonan tersebut meminta supaya AT&T dan Verizon menangguhkan pengenalan 5G menerusi jalur “C-Band” selama tidak lebih daripada 2 minggu. Perancangan asal pelancaran 5G mereka adalah pada 5 Januari 2022.



Industri penerbangan Amerika Syarikat dan FAA telah menimbulkan kebimbangan mengenai gangguan rangkaian C-Band 5G terhadap peralatan elektronik di dalam pesawat, seperti altimeter radio kerana ia boleh mengganggu penerbangan.

C-Band adalah spektrum yang terletak di antara jalur WiFi 2.4Ghz dan 5Ghz. Di Amerika Syarikat, jalur 3.4Ghz sehingga 4.0Ghz digunakan untuk rangkaian 5G. Di Malaysia, SKMM mencadangkan penggunaan jalur 3.7Ghz untuk kegunaan 5G.



Sumber

AT&T dan Verizon mengesahkan bahawa mereka menerima permohonan tersebut dan sedang menelitinya. Kedua-dua syarikat sebelum ini, menuduh industri penerbangan cuba menghalang pelaksanaan spektrum C-Band, melainkan industri rangkaian bersetuju membayar kos menaik taraf peralatan altimeter yang sudah lama dan usang.

FAA dan Buttigieg menyatakan juga dalam surat itu, perkhidmatan komersial C-Band akan dimulakan pada Januari dengan beberapa pengecualian dan lapangan terbang diutamakan. FAA dan industri penerbangan akan mengenalpasti lapangan terbang yang perlu diutamakan dan zon penampan diadakan untuk membenarkan operasi penerbangan diteruskan dengan selamat, sementara FAA menyiapkan penilaian terhadap gangguan yang bakal timbul.

Kerajaan akan berusaha untuk mengesan mitigasi untuk lapangan terbang yang diutamakan supaya pesawat komersial besar dapat beroperasi dengan selamat dalam semua keadaan. Ia akan membolehkan pelaksanaan di lapangan terbang yang diutamakan dibuat secara berperingkat dan mensasarkan pengaktifan pada 31 Mac berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

[Sumber: Reuters]

Tags: FAA
Najib

Najib

POPULAR

Amerika Syarikat minta pelaksanaan 5G ditangguhkan atas keselamatan penerbangan

Amerika Syarikat minta pelaksanaan 5G ditangguhkan atas keselamatan penerbangan

3 January 2022
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN