• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5G ganggu sistem pesawat di Malaysia? Ini jawapan SKMM

  • OLEH Najib
  • 10:07 am
  • 05/01/2022
  • Komen
Gangguan di KLIA, penumpang diminta hadir 4 jam lebih awal dari masa penerbangan
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Amerika Syarikat dilaporkan mahu menanggunghkan pelaksanaan rangkaian 5G kerana mahu bimbang keselamaatan penerbangan. Penggunaan jalur “C-Band” 5G dikatakan akan mengganggu sistem pesawat sepeerti altimeter radio. Masalah ini dibangkitkan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat, termasuk Boeing dan Airbus. Kerana itu, syarikat telekomunikasi di sana, AT&T dan Verizon diminta menangguhkan pelaksanaan 5G mereka sehingga masalah ini diselesaikan.

Apa itu altimeter radio?

Altimeter radio adalah peralatan yang digunakan di dalam pesawat untuk mengukur ketinggian altitud dari daratan. Disepadukan ke dalam sistem pesawat moden, data daripada altimeter digunakan untuk pengendalian pesawat dan persiapan sistem lain seperti sayap dan pembalik tujahan untuk pendaratan.



Altimeter radio menyediakan maklumat ketinggian yang tepat dan jitu dengan mengukur gelombang radio yang dipancarkan oleh pesawat dan dipantulkan di darat. Ia sering digunakan semasa mendarat sewaktu pemandangan kurang jelas. Dalam video ini, anda boleh mendengar sistem memberi amaran tentang ketinggian altitud “50, 40, 30, 20, RETARD.. RETARD”.

Dalam satu kenyataan oleh Air Line Pilots Association (ALPA), gangguan daripada signal 5G boleh menyebabkan kehilangan maklumat altitud atau kesilapan dalam mendapatkan maklumat altitud. Kesilapan sebegini boleh menyebabkan kemalangan maut seperti yang terjadi pada tahun 1951 terhadap pesawat Turkish Airlines di Amsterdam.



Syarikat penerbangan telah memberi amaran bahawa gangguan ini boleh menyebabkan ribuan penerbangan terganggu setiap hari dan mengakibatkan kerugian sebanyak USD 2 bilion setahun jika dilengahkan. CEO United Airlines, Scott Kirby berkata, melainkan ada perubahan, syarikat penerbangan tidak akan boleh menggunakan altimeter radio di hampir 40 lapangan terbang di Amerika Syarikat.

Adakah rangkaian 5G di Malaysia mengganggu altimeter radio?

Kami telah menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menjelaskan tentang kemungkinan gangguan rangkaian 5G dan SKMM telah mengeluarkan kenyataan tersebut:

The aircraft radio altimeter works in the range of 4.2-4.4 GHz. In the US, 5G operating in the C-band is different from most countries including Malaysia, which is in the range of 3.7-3.98 GHz. In Malaysia, our C-band for 5G is in 3.4-3.6 GHz.

It is important to understand that our 5G usage is much further down on the C-band with a broader guard band. This is similar to best practices in Europe and Singapore, where to date, no aviation concerns have been raised.

In light of the topic raised by the US Federal Aviation Authority on potential interference, we are proactively discussing with Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) to clear any concerns from the Malaysian aviation perspective.

– SKMM

Ringkasnya, altimeter radio berfungsi dalam jalur 4.2-4.4 GHz. Manakala AS menggunakan jalur C-Band yang berbeza dengan kebanyakan negara termasuk Malaysia iaitu 3.7-3.98 GHz. Malaysia menggunakan jalur C-Band lebih rendah, antara 3.4-3.6 GHz. Kerana itu, masalah ini tidak timbul di sini dan negara lain termasuk Eropah dan Singapura.

Perlu juga kita ingat bahawa Malaysia menggunakan 3 jalur spektrum untuk 5G iaitu 700MHz, 3.5GHz, dan 26/28GHz. Buat masa ini, Digital Nasional Berhad (DNB) menggunakan jalur 3.5GHz untuk 5G dan ia kini meliputi beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Cyberjaya.

Tags: 5gFAASKMM
Najib

Najib

POPULAR

Gangguan di KLIA, penumpang diminta hadir 4 jam lebih awal dari masa penerbangan

5G ganggu sistem pesawat di Malaysia? Ini jawapan SKMM

5 January 2022
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN