• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Tiktok kini ada butang Repost, fungsi sama seperti Retweet tapi ada satu kelemahan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:00 pm
  • 05/01/2022
  • Komen
Tiktok kini ada butang Repost, fungsi sama seperti Retweet tapi ada satu kelemahan
Share on FacebookShare on Twitter

TikTok sedang menguji ciri yang kelihatan hampir sama fungsinya seperti ciri Retweet di Twitter, ia dikenali sebagai Repost. Melaluinya, anda boleh kongsikan video daripada pengguna lain di halaman For You dan ia akan disiarkan semula di halaman For You rakan anda. Dengannya anda tidak perlu lagi membuang masa, hantar video tertentu secara peribadi melalui DM (Direct Message) kepada semua rakan-rakan anda.

Di samping itu, butang Repost ini hanya akan kongsikan semula video ke dalam suapan pengguna yang mengikuti satu sama lain. Maksudnya, video yang anda Repost tidak akan muncul di halaman For You semua Followers anda, tetapi ia hanya akan tersedia untuk Followers yang anda ikuti mereka sahaja.



Untuk menggunakan ciri ini, anda boleh ikut langkah di bawah:

  1. Di halaman For You, tekan butang Share pada video yang anda ingin kongsikan kepada pengikut anda
  2. Tekan pula butang Repost di bawah pilihan Send to
  1. Video yang anda pilih itu sudah pun di Repost
  2. Anda kemudian boleh tulis sebab anda kongsikan video itu. Pilihan ini tidak diwajibkan, anda boleh biarkan ianya kosong dengan tekan pada simbol X pada bahagian atas kanan.

Ciri ini masih baru dan saya masih belum temui tab yang menempatkan semua video yang saya sudah repost. Jika anda lakukan Retweet di Twitter, perkongsian yang anda Retweet itu akan muncul di profil, namun sebaliknya di TikTok. Video yang anda Repost tidak akan dipaparkan di profil. Bagi saya, ini merupakan satu kelemahan ciri ini.



Oleh itu, jika anda berubah fikiran setelah repost sesebuah video, anda boleh batalkannya dengan cara ini:

  1. Di halaman For You, tekan butang Share pada video yang anda Repost tadi
  2. Tekan pula butang Remove Repost di bawah pilihan Send to

Jika anda ingin kongsikan sesebuah video khas untuk seorang rakan anda, lebih baik anda kongsikannya melalui DM. Kerana ia lebih privasi dan tidak akan dilihat oleh rakan yang lain. Bagi saya, ciri ini boleh digunakan jika ada sesebuah video menarik atau penting yang anda ingin kongsikan kepada semua rakan anda. Contohnya petikan berita mengenai isu semasa atau video Tips.

[Sumber: TheVerge]

Tags: TikTok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Tiktok kini ada butang Repost, fungsi sama seperti Retweet tapi ada satu kelemahan

Tiktok kini ada butang Repost, fungsi sama seperti Retweet tapi ada satu kelemahan

5 January 2022
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER