• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung umum tarikh pelancaran Galaxy S22, tawar baucar RM200 untuk peminat

  • OLEH Najib
  • 11:33 am
  • 26/01/2022
  • Komen
Samsung umum tarikh pelancaran Galaxy S22, tawar baucar RM200 untuk peminat
Share on FacebookShare on Twitter

Teka-teki pelancaran Galaxy S22 kini terjawab apabila Samsung mengumumkan akan mengadakan acara Galaxy Unpacked bulan hadapan. Tema yang dibawakan dalam upacara kali ini adalah “The Epic Standard“.

Majlis Galaxy Unpacked ini akan diadakan pada hari Rabu, 9 Februari 2022, pukul 11 malam waktu Malaysia. Orang ramai boleh turut sama menyaksikannya secara langsung di laman web Samsung Malaysia, YouTube Samsung Malaysia, serta Facebook Samsung Malaysia.



Samsung Malaysia juga telah mula memulakan kempen mengumpul minat, dengan menyediakan e-baucar Samsung bernilai RM200 untuk digunakan semasa tempahan awal kelak, bagi mereka yang mendaftar. Pendaftaran minat ini dibuka di laman web Samsung Galaxy Unpacked, dari sekarang sehingga 9 Februari 2022 sebelum pelancaran.

https://youtu.be/auu2t2PqATQ

Samsung dikhabarkan akan memperkenal tiga model di dalam keluarga Galaxy S22 iaitu Galaxy S22, Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra. Galaxy S22 dan Galaxy S22+ akan memiliki spesifikasi yang sama, dengan perbezaan pada saiz skrin dan kapasiti bateri sahaja.



Galaxy S22 Ultra adalah peranti yang jauh berbeza dan lebih hebat, akan menyediakan S Pen tersimpan di dalam badan. Ia dikatakan menjadi pengganti kepada siri Galaxy Note yang kali terakhir dilancarkan Samsung pada tahun 2020.

Gambaran akhir siri Galaxy S22. Sumber

Pemproses baru Samsung Exynos 2200 dijangka akan memperkasa siri Galaxy S22, di samping cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 bagi pasaran terpilih. Tarikan utama cip Exynos 2200 adalah pada GPU, ia menggunakan teknologi RDNA2 yang sama digunakan di konsol permainan PlayStation 5 dan Xbox Series X.

Samsung Malaysia dijangka akan mengumumkan promosi tempahan awal dan tarikh jualan siri Galaxy S22, sejurus selepas pelancarannya. Nantikan laporan kami tentangnya pada 9 Februari kelak.

[Sumber: Samsung]

Bacaan Berkaitan

  • Samsung umum ketibaan Exynos 2200 dengan GPU berteknologi PS5 dan Xbox Series X
  • Siri Galaxy S22 akan dilancar dan mula dijual pada bulan Februari
  • Galaxy Note seterusnya adalah Galaxy S22 Ultra?
  • Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1: Semua perkara yang anda perlu tahu tentangnya
Tags: Galaxy S22samsungSamsung Galaxy S22
Najib

Najib

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Samsung umum tarikh pelancaran Galaxy S22, tawar baucar RM200 untuk peminat

Samsung umum tarikh pelancaran Galaxy S22, tawar baucar RM200 untuk peminat

26 January 2022
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER