• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung umum ketibaan Exynos 2200 dengan GPU berteknologi PS5 dan Xbox Series X

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:00 pm
  • 19/01/2022
  • Komen
Samsung umum ketibaan Exynos 2200 dengan GPU berteknologi PS5 dan Xbox Series X
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas ditunda pelancarannya yang sepatutnya berlaku pada 11 Januari 2022 lalu, Samsung akhirnya mengumumkan secara rasmi cip flagship mereka Exynos 2200. Cip ini adalah sekuel kepada Exynos 2100 yang sedang mereka pakaikan pada siri Galaxy S21.

Ciri yang diketengahkan Samsung pada Exynos 2200 adalah bahagian GPU-nya. Komponen ini menggunakan teknologi RDNA2 sebagai asas seni bina pemroses grafiknya. Ia adalah teknologi sama yang digunakan dalam konsol permainan PS5 dan Xbox Series X.



Pada Exynos 2200, Samsung menggelarkan GPU mereka sebagai Xclipse 920 bagi menggantikan GPU Mali yang telah mereka gunakan sekian lama. Hasilnya, Samsung mengumumkan yang cip ini adalah yang pertama dalam industri mampu mendukung ray tracing di paras perkakasan.

Untuk spesifikasi lain, ia tak lari jauh daripada cip Snapdragon 8 Gen 1. Misalnya, CPU cipset ini terdiri daripada tiga kluster dengan berbeza jumlah teras. Antara teras yang hadir adalah Cortex-X2, Cortex-A710, dan Cortex A510 pada kelajuan yang tidak diumumkan.



Sungguhpun Samsung tidak berkongsikan berapa peratuskah penokokan prestasi boleh dijangkakan berbanding Exynos 2100, berikut adalah beberapa skor penanda aras yang dikongsikan pihak ketiga.

Sudah semestinya cip ini akan digunakan pada siri Galaxy S22 yang akan dilancarkan kelak. Tarikh pelancaran telefon itu masih belum diumumkan, tapi spekulasi bertiup yang tarikhnya adalah awal Februari 2022.

Sumber: Samsung, GSMArena

Bacaan berkaitan

Samsung Exynos seterusnya pikul teknologi grafik PlayStation 5 – SoyaCincau.com

Tags: exynosexynos 2200rdna2samsung
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER