• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Exynos seterusnya pikul teknologi grafik PlayStation 5

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:33 am
  • 07/10/2021
  • Komen
Cip baharu Samsung, Exynos 850 dikhaskan untuk telefon bajet
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung terus mengeluarkan teaser untuk memberitahu pengguna tentang cip Exynos yang bakal tiba nanti menyokong Ray Tracing.

Ray Tracing adalah kaedah yang paling realistik dalam dunia komputer untuk mensimulasikan pantulan cahaya ke atas objek 3D. Kesan pantulan cahaya yang anda lihat dalam kebanyakan permainan yang anda main setakat ini masih belum cukup tepat dan penghasilannya menggunakan beberapa helah kesan khas.



Samsung Exynos clearly stated that Ray Tracing technology is about to be mounted in the new Exynos GPU. pic.twitter.com/xVnsRJqkEZ

— Ice universe (@UniverseIce) October 4, 2021

Berita tentang sokongan Ray Tracing yang ingin dibawakan Samsung pada cip pemproses mereka bukanlah benda baru. Kerjasama antara Samsung dan AMD telahpun dimeterai dalam bulan Jun 2019 lalu.

Semenjak itu, sedikit demi sedikit info dirembes keluar masuk ke Internet. Contohnya dalam bulan Jun 2021 Samsung mengumumkan yang cip Exynos baharu akan diperkasa teknologi RDNA2 AMD yang diubah suai untuk cip peranti mudah alih dan dikenali sebagai mRDNA 2.



RDNA juga adalah teknologi yang diterapkan AMD pada GPU RX6000, PlayStation 5 dan Xbox Series X/S

Did you see that? "The next place you will find #RDNA2 will be the high-performance mobile phone market. We're happy to announce that we will bring custom graphics IP to Samsung’s next flagship mobile SOC, with ray-tracing and variable rate shading capabilities.” @LisaSu of @AMD pic.twitter.com/c0z1iLl85r

— Samsung Exynos (@SamsungExynos) June 1, 2021

Sungguhpun tidak memberitahu cip manakah yang akan dilancarkan, para spekulasi mengandaikan yang ia adalah Exynos 2200 yang sudah lama digembar-gemburkan pihak mereka. SoC flagship paling akhir mereka lancarkan ialah Exynos 2100 yang memperkasakan sebahagian siri Galaxy S21.

Peranan AMD pada Exynos 2200 ialah menggantikan GPU Mali G78 kepada GPU khas daripada seni bina mRDNA2 yang katanya 30% lebih berkuasa daripada Mali G78.

Pelancaran pengganti kepada siri Galaxy S21 sepatutnya sudah hampir kerana keluarga Galaxy S21 telah dipertontonkan kepada umum dalam bulan Januari 2021 lalu.

Sumber: Gizmodo

Tags: exynossamsungSamsung ExynosSamsung Exynos 2100samsung exynos 2200
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

15 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T Pro tiada lagi Snapdragon, telefon 1TB pertama Xiaomi dan dijamin kemaskini 5 tahun

26 September 2023
Cip baharu Samsung, Exynos 850 dikhaskan untuk telefon bajet

Samsung Exynos seterusnya pikul teknologi grafik PlayStation 5

7 Oktober 2021
Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

2 Ogos 2023
Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

9 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER