Apple kini sedang menguji ciri yang membolehkan pengguna guna Face ID untuk buka kunci iPhone walaupun sedang memakai pelitup muka. Ini merupakan ciri yang disediakan dalam sistem operasi iOS 15.4 Beta 1. Namun, ciri ini hanya tersedia jika anda mempunyai peranti yang lebih baharu iaitu iPhone 12 dan 13.
Berdasarkan gambar di bawah, Apple mengatakan bahawa, Face ID akan menjadi lebih tepat apabila ia ditetapkan untuk mengecam keseluruhan muka. Tetapi Face ID boleh lakukan pengesahan dengan mengecam ciri unik disekeliling mata jika diperlukan. Cumanya, tahap keselamatan apabila menggunakan kaedah ini tidak setinggi bila Face ID mengimbas keseluruhan wajah. Selain itu, pengguna juga tidak perlu memakai pelitup muka ketika melakukan penetapan Face ID.
Here’s the new toggle in iOS 15.4 (settings > Face ID > Use Face ID with a Mask) pic.twitter.com/nL8PPxrrZe
— Brandon Butch (@BrandonButch) January 27, 2022
Untuk mengetahui sama ada ciri ini ada pada peranti anda atau tidak, anda boleh buka Settings, pilih Face ID kemudian pilih Use Face ID with a Mask. Tapi pastikan anda telah kemaskini ke sistem operasi iOS 15.4.
Ketika wabak Covid-19 menular, orang ramai telah mendesak agar Apple menambah cara untuk membenarkan orang ramai membuka kunci iPhone sambil masih memakai pelitup muka. Apple telah memperkenalkan pelbagai kemas kini untuk membantu pengguna.
Di iOS 13.5, iPhone boleh mengesan sekiranya anda memakai pelitup muka. Maka, ia tidak akan mengesahkan wajah, sebaliknya dengan pantas ia akan meminta kod laluan pengguna. Manakala di iOS 14.5 pula, ia membenarkan pengguna yang mempunyai Apple Watches menggunakan Face ID semasa memakai pelitup muka.
[Sumber: TheVerge]